Wednesday, December 6, 2006

Tidak Berperikemanusiaan

"KUALA LUMPUR 30 Nov. – Zalim. Itu sahaja perkataan yang sesuai bagi insan yang melempar seorang bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat dari flat Projek Perumahan Rakyat (PPR), Pudu Ulu, Cheras di sini, hari ini.

Bayi itu ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah. Kepalanya pecah.

Lebih menyayat hati, mayatnya dimasukkan ke dalam plastik sampah bersama kulit ayam dan sisa ikan."

Inilah petikan daripada surat khabar Utusan Malaysia.Bila aku baca berita ni,tiba2 aku rasa macam nak menangis.Yelah mana taknye,buang budak tu ikut suka ati dia je. Macam buang sampah.Buang sampah pon kene dalam tong sampah tau.Tapi kes ni buang bayi yang masih ada tali pusat lagi.Tak ke sedih namanye tu.Budak tu tak tau ape2 pon lagi.Belum sempat nak menangis dan melihat dunia agaknye.Dah buat tanggung jelah.Banyak bicara plak.Sampai nak bunuh budak tu.Apa salahnye budak tu.Zalim betol.Tak berperikemanusiaan langsung.Apa dah jadi dengan dunia ni.Bak kata Fandy dalam cerita Kiamat Sudah dekat....."Kiamat udah dekat Man."

2 comments:

Nizam Ahmad said...

hmmm.. kecil2 dah menulis. saya dulu masa umur mcm ni, tak kenal internet pun lagi. hehe.. keep up your good work!

.imah. said...

an-nidzam,
hehe, terima kasih. xD