Sunday, April 29, 2007

Kem,Sukan dan Pertandingan Sajak

Seminggu lepas aku ada pergi Kem Motivasi dan Kepimpinan di Sekinchan selama 3 hari 2 malam. Jauh tempatnya. Ingatkan dekat aje. Seronok jugaklah. Tidur di asrama bukan di khemah. Tu yang best tu. Tapi.... tersangatlah panas. Dah hitam aku dibuatnya.

Belum hilang hitam pergi Sekinchan dah tambah hitam lagi. Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Serdang Kali Ke-31 telah diadakan pada hari ini. Aku masuk sukaneka. Jadi johan tu. Tapi, terbakar kulitku ini. Panaaaaassss sangat. Redha jelah. Tak kesah sangat sebab rumah sukan aku dah menang 2 tahun berturut-turut. HIDUP MERPATI!!!!!! hehe :P

Hari Khamis pulak ada Pertandingan Sajak Peringkat Zon. Aku ada mewakili sekolah. Moga-moga menanglah. Kalau tak menang pun tak apa. Tapi tak baguslah kan.

No comments: