Wednesday, May 7, 2008

Lagu yang Menyentuh Hatiku..(walaupun aku tak melaluinya)




Cinta tiga segi, itulah tajuk lagu ini kononya la. Lagu itu kononnya dinyanyikan oleh banduan yang dihukum mati atas kesalahan membunuh. Mengikut khabar angin sepoi2 bahasa, banduan tu bernama Hazwan Wafiy Abu Hassan tetapi rakan-rakan arwah telah menafikan yang arwah meninggal kerana hukuman mati tetapi sebaliknya arwah meninggal kerana sakit jantung. So kesimpulannya bukan Hazwan Wafiy Abu Hassan yang mencipta lagu ini dan menyanyikannya.

Kisahnya begini,
Kedukaan seorang lelaki yang cuma seminggu untuk berkahwin dengan awek dia terpaksa akur dengan kehendak awek dia yang memutuskan hubungan mereka hanya kerana nak kembali pada balak lama dia. Hampehnyer awek.
Atas hasutan syaitan yang direjam, lelaki tersebut telah mengambil jalan singkat dengan membunuh balak lama awek dia dan juga awek dia.
Pastu, lelaki tersebut telah menyerah diri pada polis dan dijatuhkan hukuman mati. Sebelum digantung, beliau meminta untuk merakamkan nyanyian beliau dan meminta rakan-rakannya menyebarkannya.
Itu la serba sedikit khabar angin yang tersebar luas di internet. Cerita tak dapat dipastikan. Tapi moralnya cinta tiga segi itu perit. Oleh itu, jauhilah cinta tiga segi.....


"Petikan artikel dari http://akukaya.com/blog/cinta-tiga-segi/ "

No comments: