Friday, June 13, 2008

MentorKu??

Aku kan masuk Kelas 1 Setia, Kelas Rancangan Khas (KRK) kat sekolah. Jadi pihak sekolah telah buat satu program. Program Mentor-Mentee untuk kelas aku ni. Kira macam program mak angkatlah. Semua murid dalam kelas tu dapat satu cikgu sebagai Mentor. 1 cikgu 3 atau 4 orang Menteenya. Aku dapat cikgu Bahasa Melayu, Puan Suria Aida. Cikgu ni sebenarnya baik. Dia tak pernah marah-marah kat kelas kitorang. Sebelum cuti, dia ada suruh hantar buku, tapi ramai yang tak hantar dan yang peliknya dia langsung tak marah, tapi muka dia menggambarkan kekecewaan(yang pasti aku hantar). Kalau cikgu lain tu, mau bergegar satu blok tu sebab menjerit-jerit marah. Cikgu Suria Aida ni juga jenis yang boleh bertolak ansur. Kalau kitorang tak siap kerja rumah atau tak hantar buku, dia boleh bagi masa lagi. Kalau cikgu lain tu, mesti kena hantar juga walaupun tak siap kerja. Cikgu Suria Aida ni memang ok. Maknanya oklah Cikgu Suria Aida jadi Mentor aku. Daripada cikgu lagi satu yang nama dan alamat dirahsiakan. HAHA. ;p

CIKGU, SAYA SUKA JADI MENTEE CIKGU!!!!


1 comment:

Cutie_girl said...

Halo,kak imah...

Cantik blog kak imah,tapi ima rase kak imah perlu ceriakan lagi blog kak imah macam letak shoutbox ke,atau ape2 lah...