Monday, June 23, 2008

Result Exam yang Sebetul-betulnya

Hari ni sekolah amat men"stresskan" diriku ini. Bermula dengan kerja kumpulan yang tak siap-siap. Tak ada masa nak buat sama-sama. Kemudian diganti pula dengan waktu rehat yang menyakitkan hati. Bersambung pula dengan ketidak bolehan melukis gambar yang disuruh oleh cikgu(tapi aku bedal je. lukisan sikit punya buruk). Ke"stressan" aku bertukar menjadi kegembiraan setelah aku melukis gambar tu. Bukan kerana berpuas hati dengan lukisan aku yang sangat buruk itu, tetapi kegembiraan itu disebabkan result exam yang kini sudah di tangan aku. Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat. Aku gembira dengan apa yang aku dapat dan aku sangat berpuas hati dengan keputusan aku. Aku masih tidak dapat menggapai nombor 1. Tapi, Alhamdulillah, aku masih boleh menggapai ke tangga yang kedua. Oklah tu. Aku berjaya mendapat nombor 2 dengan perbezaan sebanyak 5 markah dengan budak yang mendapat nombor 1 tu. Aku juga dapat markah keseluruhan sebanyak 875/1100 dan peratusnya sebanyak 79.55%. Aku happy dengan result aku ni dan aku harap result ni terus kekal sehingga akhir tahun ni. Aku harap dengan perubahan yang berlaku pada diri aku dengan seseorang tidak akan merubah keputusan aku yang sekarang ni. Aku akan terus berusaha untuk menyayingi semua orang dalam kelas 1 SETIA ni. Chaiyok-chaiyok(menjerit dengan penuh semangat kesukanan. eh salah. SEMANGAT YANG BERKOBAR-KOBAR).

2 comments:

Anonymous said...

imah..tahniah..
tgk ah fp abg meor..gambar kawin aku dah ada!!!!

.imah. said...

thanx....
cntikle...x sbr nk tgk secre live..
heheheh...