Wednesday, June 11, 2008

Sekolah Semula??!!

Dah 2 minggu cuti. Tambah 1 hari sendiri. Hehehe. Sekarang dah 3 hari mula sekolah (bagi aku 2 hari. hehehe). Baru-baru mula sekolah ni, sangat mengantok. Cikgu ajar pun tak masuk dalam kepala. Kepala macam kosong je. Almaklumlah, tak biasa lagi. Mana taknya, masa cuti sekolah tidur pukul 1 lebih, bangun pula lambat sekali. Lepas habis cuti, kepala langsung tak fikir apa-apa pasal sekolah. Masa kat kelas tadi rasa macam nak tidur je. Dah menguap sampai berair mata dibuatnya. Nasib baik tak tertidur.
Cuti sekolah ada 4 projek yang cikgu suruh aku buat. Tadi semua dah beres. Lega den. Hehehe. Nasib baik tak berhutang lama-lama projek tu. Kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun dah dapat separuh. Result aku kali ni tak macam Ujian Setara 1. Jatuh sikit. Tapi aku tak kecewa sangat. Memang ramai yang markahnya kurang-kurang. Standard dengan aku je. Tapi lepas ni, aku akan lebih berusaha. Chaiyok-chaiyok!!!

2 comments:

Sara Imanina said...
This comment has been removed by the author.
lotto 649 results said...

I'm thankful with your blog it is very useful to me.