Friday, August 1, 2008

Aku dan SK Serdang

Dah dekat setahun dah aku tinggalkan sekolah rendah aku. SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG. Sesungguhnya sekolah rendah banyak kenangannya. Ada kenangan yang manis, tak kurang pula yang pahit dan payau. Kenapa aku tiba-tiba berbicara pasal sekolah rendah ni? Ini semua kerana aku baru sahaja terserempak dengan Teacher Muhaini pagi tadi masa nak lintas jalan pergi sekolah. Teacher Muhaini ialah guru kelas aku masa darjah 1. Ingat darjah 1, terus teringat semua kenangan masa kat sekolah rendah.

Ah! Aku rindu semua tu. Aku rindu PSS yang merupakan bangunan yang paling lama di sekolah itu. Aku rindu dengan kantin yang menjadi tempat aku tunggu mak masa balik. Aku rindu simenfero tempat lepak sambil buat kerja sekolah yang tak siap. Aku rindu pokok bunga kertas yang aku selalu terlanggar masa lepak kat tempat parking kereta. Aku rindu dengan semua cikgu yang pernah mengajar aku. Cikgu Rosidah, Cikgu Aida, Cikgu Mustaqiem, Cikgu Zaimah, Sir Solehan, Ustazah Azizah, Cikgu itu, Cikgu ini, dan semua cikgu.

Aku ada macam-macam kenangan masa sekolah rendah. Antara kenangan manis ialah semasa darjah 6. Darjah 6 adalah kenangan yang paling tidak dapat aku lupakan. Dengan kelas yang murid dnya gempak-gempak (6 Kenanga 2007 besh!), Guru yang mengajar pula hebat-hebat belaka, segala macam aktiviti yang dilakukan lepas UPSR, dan macam-macam kenangan manis lagi yang kalau aku ceritakan, tak cukup 1 entri.

Tak semua kenangan manis semasa aku berada di sekolah rendah. Ada juga kenangan pahit. Kehilangan seorang kawan baik sebab dia berpindah sekolah, kenangan dimarah dengan cikgu-cikgi, dan macam-macam lagi. Tak kurang juga kenangan yang memalukan. Ini aku tak payah cerita, simpan sendiri jelah. Hehehehehe. Semua kenangan aku ini, membuatkan aku rindu untuk kembali ke sekolah rendah. Lagi bagus kalau dapat masuk darjah 1 balik. Lebih memudahkan hidup daripada hidup yang agak complicated sekarang ni.

Aku nak ambil majalah sekolah tahun lepas, tapi tak ada masa pula. Aku kan sekolah sesi pag tahun ini, jadi memang tak sempat nak jumpa cikgu minta majalah sekolah. Nanti kalau aku dapat majalah sekolah tahun lepas, aku akan balut chantek-chantek n jaga betul-betul sebab itu adalah Majalah Tunas yang mungkin terakhir ada nama n gambar aku. Hehehehe. Harap mak boleh ambilkan masa nak daftarkan adik aku nanti. Aku tak sabar nak tengok majalah sekolah itu.

LASTLY : Aku rindu SK SERDANG!!!

No comments: