Tuesday, July 8, 2008

Aku DiSound?

Hari ni, hari terbuka di sekolah aku. Mak yang datang. Ayah macam biasa, kerja. Tapi aku tak kisah pun sesiapa yang datang, janji salah seorang daripada parents aku datang. Kalau tak, jenuh aku nak menjawab dengan cikgu. Result aku, ok je. Aku tak sedih dengan result tu dan tak juga gembira. Biasa-biasa je. Aku tak gembira sangat kerana aku telah disound oleh mak aku. Tetet. Kena soundlah sekali. Bahasa Melayu boleh dapat B. Apa cerita ni? Boleh pula BM dapat B. Hehehe. Sedap tu kena sound. Dengan ayah aku sekali menyound aku. Almaklumlah, ayahku seorang penulis sambilan. Mana tak kena sound. Dia sungguh mengharapkan aku untuk menjadi penulis seperti dia. Aku tak kisah, sebab aku juga minat dalam bidang penulisan ini. Tapi, aku ada sejenis penyakit lazy atau lebih dikenali sebagai MALAS. Hehehehe. Walau apa-apa pun, aku takkan hampakan harapan ayahku itu. Tunggulah suatu hari nanti, aku akan menjadi seorang penulis yang berjaya (cita-cita ni) . Cahiyok-chaiyok!!!

No comments: