Tuesday, July 8, 2008

Aku Kegilaan???

Wahahahaha. Betullah ni. Aku sudah kegilaan. Tiba-tiba je gelak. Tak logik betul. Bukan gila kerana aku masih tidak berbaik dengan kawan aku tu. Aku dah tak kisah lagi pasal dia. Lantak dialah nak kawan ke tak nak. Entri kali ini adalah entri terakhir aku cerita pasal dia. Lain hari, takde dah. Dah malas nak fikir pasal dia lagi. Berbalik semula kepada kegilaan aku. Aku tak tau kenapa, hari-hariku semenjak dua menjak ni, sangat membuatkan aku gila. Dalam kelas aku dah macam takde kerja lain selain buat lawak bodoh (kadang-kadang lawak pandai). Kalau tak buat lawak bodoh pon aku akan mengusik orang. Tapi kawan-kawan aku tak kisah pun. Diorang dah tau perangai aku yang gila-gila. Sampai ada yang mengusik aku balik lepas aku usik dia. Dia kata aku terencat akal. Sampai hati dia.. Tapi aku tak kisah, hidup aku memang ceria walaupun sedih baru lepas pergi. Aku happy dengan hidup aku sekarang. Secara ringkasnya di sini, sesiapa yang jumpa dan kenal aku betul-betul, mereka confirm akan cakap aku gila dan mereka mungkin akan berjangkit dengan penyakit aku ni. Wahahahahaha.

Nampak sangat dah takde idea nak post apa. Sampai boleh mengaku gila pula tu. Hehehehe... (^_^)

No comments: