Thursday, July 24, 2008

Entri ke-100

Yey! Hari ni aku dah berjaya menghabiskan semua paper untuk Ujian Setara 2. Keseluruhannya : oklah. Takdelah senang sangat dan susahlah juga. Bagi aku, yang senang:BM, PI, KH, SC, PJK, dan yang baru dijawab tadi, Sejarah. Yang susah pula:BI, GEO, dan yang sedia maklum, of courselah Math sebab ada tajuk Integers and Algebraic Expression. Tergopoh-gapah aku buat tadi. Soalan last pula, susah sangat. Sampai semua saling bekerjasama. Macam buat exercise dalam kelas je (sendiri mau ingatlah apa yang kitorang buat). Hehehehe. Tapi aku betul-betul frust dengan exam Math tadi. Harap boleh dapat A. Kalau tak, kena nagging habis-habisan dengan Teacher Zulaini. Hari ni dan esok aku tinggal kat rumah sorang-sorang. Siapa nak teman, mailah sini. Hehehehe. Semua takde kat rumah. Ayah, Mak, Apis, n Aim pergi Penang tengok Icah. Am kerja, Anep pun kerja, n Along tak payah ceritalah, setahun sekali je balik sini. Maklumlah, dah jadi isteri orang. Hehehe. Tapi aku lebih suka tinggal sorang-sorang. Lebih private. Hehehe. Tapi aku tak taulah ap nasib aku pagi esok nak pergi sekolah. Boleh bangun ke kalau mak tak kejutkan? Hehehe. Harap-harap bolehlah. Aku dah bersemangat nak pergi sekolah ni. Hehehehehehe....Ok semua, itu semua adalah kisah hidup aku hari ni. Untuk pengetahuan anda semua, ini adalh entri blog aku yang ke-100. Wah!!! Dah 100 entri rupanya. Macam tak percaya je. Dah 3 tahun aku buat blog ni. Tapi, baru ada 100 entri. Nampak sangat malas post entri baru. Tapi itu 2 tahun lepas. Tahun ni aku extra rajin post entri baru. Aku pun tak tahu kenapa. Kepada anda semua, terima kasih kerana meninggalkan komen dan membuatkan blog ini nampak hidup. Taklah sunyi tanpa komen. Apa-apapun, harap blog ni akan terus sukses (maknanya tetap ramai pengunjunglah). Yey! Thanx sekali lagi kepada anda semua!!!

No comments: