Sunday, July 6, 2008

Give Up

Seperti yang pernah diceritakan dalam entri sebelum ini, aku ada bergaduh dengan kawan kesayangan aku. Disebabkan hal itu, aku menjadi tak tentu arah selama 5 hari kerana dia tak bercakap dengan aku langsung. Walaupun 1 patah perkataan. Aku rasa bersalah lalu aku telah menjalankan operasi secara besar-besaran untuk meminta maaf selama 3 hari berturut-turut. Macam mana aku minta maaf? Aku hantar macam-macam jenis mesej untuk minta maaf. Aku call dia untuk minta maaf tapi dia tak angkat. Aku terus mesej dia untuk kali yang keberapa entah aku pun tak tahu. Aku dah buat macam-macam untuk membaikpulih persahabatan kitorang. Tapi dia tak menghargai apa yang aku buat tu. Dia tetap tak balas mesej aku, tetap tak angkat call aku dan dia tetap tak cakap dengan aku. Aku bukan tak usaha, dah habis usaha dah ni. Dia masih buat tak layan. Jadi, aku dah buat keputusan. Aku dah nekad. Nekad gila untuk buat pepatah baru yang ditujukan khas untuk dia. Pepatah baru yang berbunyi; KO TAK NAK KAWAN SUDAH, BOLEH BLAH!!! Memang bunyinya agak kasar, tapi kalau dah buat aku jadi gila fikir pasal dia, aku rasa pepatah ni sesuai. Kawan aku bukannya dia sorang. Ada ramai lagi kawan aku yang menghargai aku. Jadi, lebih baik aku lupakan dia. Siapa setuju? Tinggalkan pendapat anda di bahagian komen. Terima Kasih.

2 comments:

Imma Belieber said...
This comment has been removed by the author.
Nina said...
This comment has been removed by the author.