Friday, July 4, 2008

Hidup Penuh Dugaan

Hari ni hari Jumaat. 4 Julai 2008. Aku rasa minggu ni adalah minggu yang paling menstresskan aku. Sepanjang minggu ni sekolah banyak menentionkan aku. Bermula dengan membuat skrip untuk lakonan dalam Sejarah, bersambung pula dengan projek membuat brochures untuk English, dan diteruskan oleh dialog untuk Forum Remaja Bahasa Melayu serta macam-macam tugasan lagi yang harus dilaksanakan dan diserahkan pada guru sebelum bulan Ogos ni. Aku dah macam tak cukup tangan dah nak buat semua ni. Walaupun kerja dalam kumpulan, tapi aku tetap pening. Pening nak fikir macam mana nak buat, pening nak fikir bila nak buat, pening nak fikir bila hantar, dan bermacam-macam pening lagilah. Itu semua kehidupan di sekolah. Kehidupan peribadi lebih terbelit dan memang susah nak dileraikan. Aku dan kawan aku yang pernah diceritakan dalam entri sebelum ni, masih belum berbaik lagi. Kitorang masih tak bertegur lagi. Aku dah try mesej dia untuk minta maaf. Tapi resultnya tak memuaskan langsung. Dia still tak reply dan tak bercakap dengan aku kat sekolah. Aku risau kalau kitorang takkan berbaik sampai bila-bila. Aku sayang dia dan aku tak nak kitorang terus macam ni. Dia kawan aku yang paling rapat, yang paling best, dan yang paling penting; kawan aku yang paling aku sayang. Aku nak kitorang berbaik dan bersama balik macam sebelum ni. Tapi, macam tak ada harapan je. Aku sangat pening fikir pasal kesemua benda-benda ni. Aku sangat pening. Sangat tension. Tapi, bak kata headline blog aku ni : Hidup penuh cabaran. Hadapinya dengan tabah. Chaiyok-chaiyok! Jadi, aku mesti praktikkannya. Aku mesti tabah hadapi dugaan hidup yang Allah berikan ni. Ini baru sikit. Aku tak boleh putus asa. Aku tak boleh mengalah. Bak kata headline blog kakak aku plak : Cepat mengalah takkan menang. Jadi, yang ini pun aku harus praktikkan untuk melalui dugaan hidup ini. Aku akan cuba bersabar dan hadapi hidup ini dengan tabah. CYAIYOK-CHAIYOK!!!

2 comments:

Farhan Najwa said...

Salam imah..cantiknyer blog... kenal x sy nie??hehe...wawa lah nie..thx yer coz bgi komen kat blog sy..huhu..x sangka ader owg kata sy nie tomei..hehehe..klu ader masa lagi lwatlah yer blog sy...

.imah. said...

salam najwa..
thanx..welkem..wawa memang comel per...nnti sye singgah lagi...