Sunday, July 27, 2008

Aku dan Sekolah Ganti

Pagi Sabtu yang hening (hening ke??), pukul 6.30 pagi aku bangun untuk mandi dan solat Subuh. Selalunya pada hari Sabtu yang hening dan indah ini, selepas solat Subuh, aku menghempaskan diri ke atas katil dan memeluk bantak bucukku yang empuk lagi enak dipeluk begitu sahaja. Tapi pada hari Sabtu yang tak berapa nak hening ni, aku terpaksa bangun pagi dan pergi ke sekolah. Ada sekolah ganti. Mari dengar kisah di sekolah pada hari Sabtu!

Aku datang, pintu grill kelas belum buka lagi. Arrgghh!! Selalu macam ni. Aku pun tabah menunggu. Ada beberapa orang budak kelas aku pergi buat lawatan ke 7-Eleven. Aku malas nak ikut. Aku pun terus menanti budak yang memegang kunci kelas. Tunggu punya tunggu, 15 minit kemudian, muncullah dia. Tapi malangnya kunci tu, tak boleh guna pula. 30 saat kemudian muncullah DIA menyelamatkan keadaan, dia datang bawa kunci yang sebenar. Akhirnya boleh juga masuk. Yey! Thanx Cyg! Hari ni ikut jadual hari Isnin, jadi, waktu pertama adalah waktu perhimpunan. Perhimpunan tak ada, guru kelas masuk kelas. Masing-masing buat kerja sendiri. Ada yang baca komik, ada yang sembang kosong, dan ada yang menayang handphone masing-masing. Termasuklah aku. Hehehehe. Melanggar peraturan sekolah sekali-sekala apa salahnya. Masa sibuk-sibuk menayang handphone, kawan aku dengan murah hatinya bagi sim card U-Mobile kat aku. Dia kata, "U-Mobile mahallah, ko amiklah". Mentang-mentanglah sim card tu free, dia bagi macam tu je. Tapi biarlah, orang nak bagi. Aku pun ambillah. Aku akan jalankan projek rahsia dengan sim card tu. Hehehehe.

Masa kedua, masa Mathematics. Hari ni belajar chapter baru. Aku fahamlah sikit-sikit. Tapi, pagi tadi adalah pagi yang paling mengatuk di sekolah. Almaklumlah, selalu hari Sabtu, pagi-pagi selagi belum pukul 10 pagi, takkan bangun punya. Nasib baik Teacher Zulaini memahami kami semua. Beliau tak bagi homework. Yey! Masa English dapat paper exam. Alhamdulillah, A ada dalam tangan. Masa rehat macam biasa cuma lengang sikit daripada hari biasa. Waktu PSV, tak belajar, menanda kertas Science. Cikgu PSV, merangkap teacher Science dan juga guru kelas aku. 3 in 1. Macam Milo pula. Hehehe. Tapi tanda bahagian objektif je. Subjektif cikgu yang tanda. Harap aku boleh dapat A. Berterusan lagi hari persekolahan Sabtu dengan waktu Sejarah. Tanda kertas dan dapat kertas juga. Sekali lagi, aku jumpa huruf A. Alhamdulillah...

Waktu terakhir, waktu PI. Waktu PI sudah menjadi bosan sekarang sebab dah tukar ustazah. Ustazah yang memanggil aku dengan nama Hafizahtul. Such a weird name sebab semua orang panggil aku Naimah. Bukan Hafizahtul, ustazah. Tak biasalah. Harap ustazah aku baca entri ni. Tapi jangan harap beliau boleh baca sebab tak semua kat sekolah tahu pasal blog ini. Apa-apapun, sekolah di hari Sabtu adalah perkara yang mengantukkan diriku ini.Panjang sungguh entri aku kali ini. Tapi harap anda tak bosan dengan entri ini.

LASTLY : Sekolah hari Sabtu itu MENGANTUK!

No comments: