Monday, August 18, 2008

Ahad yang Indah

Pagi Ahad, 17 Ogos 2008 : Aku tidur semula selepas solat Subuh. Bangun dalam pukul 10 lebih. Lepas bangun rumahku sungguh bising sebab nak bersiap-siap. Bersiap-sip nak pergi mana? Nak pergi mana lagi kalau bukan promosi buku Encik Ayah, Imran Yusuf di MPH Alamanda. Bertolak dalam pukul 12.30 tengah hari. Gerak awal sikit dari program itu yang start pada pukul 1.30 petang.

Masa sampai, aku dengan tangkas, pantas dan lajunya pergi ke ruang novel PTS. Apa yang aku cari? Apa lagi kalau bukan buku Impiana I dan II. Tapi, aku sugguh KECEWA. Mengapa aku kecewa? Aku tak jumpa buku Impiana I, yang ada cuma Impiana II. Kalau ada Impiana II, tak ada Impiana I tidak ada gunanya juga. Tak tahu cerita dari awal. Betul tak? Disebabkan itu, aku hanya membeli Ini Suatu Cerita. Tak apa, aku akan beli lain kali. Buku tu takkan lari ke mana.

Jam dah menunjukkan pukul 1.30 petang. Dengan itu maka bermulalah sesi promosi buku Encik Ayah. Aku sangat sedih sebenarnya tengok promosi buku yang tak berjalan dengan sokongan ramai. Tapi, aku harap promosi yang lain akan lebih meriah. Encik Ayah, jangan putus asa yer? Chaiyok-chaiyok!!!

Encik Ayah memberi speech.

Encik Ayah berbincang dengan Encik Zamri.

Kami satu family! (Along tak ada lah plak)

Aku mahu promote buku Encik Ayah!

Dalam pukul 3 lebih, aku dan family semua bertolak ke Kuala Lumpur pula. Ada kenduri kahwin. Satu lagi pengalaman baru. Pengalaman pergi kenduri kahwin yang dah nak tamat. Semua dah clear. Tinggal kaum kerabat tuan rumah sahaja. Makanan pun dah bungkus dalam bekas. Tapi tuan rumah itu, tetap berusaha bagi kami makan juga. Terima kasih ye, Encik Tuan Rumah. Aku pun dah lapar, jadi BEDAL jelah. Hahaha. Kelakar betul!

Masa perjalanan balik ke rumah, singgah ke kedai Hypershop. Buat apa pula kat sana? Mencari tanah liat untuk Encik Adik Aim. Selagi tak dapat tanah liat tu, selagi tulah budak itu tak puas hati. Akhirnya puas hati juga budak tu dapat tanah liat. Begitulah hari Ahad yang sungguh indah ini. Ngeee~

LASTLY : Aku dan hari Ahad ini sungguh SERONOK. Sebab aku dapat juga beli buku walaupun 1. Saya gila buku bukan ulat buku ye. Ngeh ngeh ngeh....

No comments: