Tuesday, August 5, 2008

Aku dan Hari Ini

Hari ni sekolah boring betul. Tak adventourus langsung sekolah hari ni. Tak pernah aku rasa sekolah seboring ini. Boring-boring pun, ada 2 perkara yang buat aku rasa happy hari ni. Pertama, aku dah dapat membuatkan ustazah Syaza memanggil aku dengan nama NAIMAH. Akhirnya. Dapat juga nama aku itu. Sebelum ini beliau memanggil aku dengan nama HAFIZAHTUL. Macam yang pernah dikatakan sebelum ini, nama HAFIZAHTUL tu, agak pelik walaupun itu adalah first name aku. Aku memang tak biasa orang panggil dengan nama itu. So, kepada anda semua, tolong jangan panggil saya dengan nama HAFIZAHTUL okieyh? Just panggil IMAH SAHAJA. Kedua, hmm.. Yang kedua ni, aku simpan jelah ceritanya. Ngeee~(Alia jangan marah ye aku curi ayat ko).

Berbalik semula kepada keboringan aku tadi. Sekolah hari ni memang boring. Bermula dengan waktu perhimpunan yang boring dan menyakitkan hati. Tapi best jugalah sebab waktu Math dah habis. Yey! Kalau Teacher Zulaini baca ni, mesti dia bising. Hehehehe.

Lepas rehat pula, waktu PSV. Cikgu suruh masuk PSS dan buat kerja sendiri atau baca buku kat PSS. Yang buat kerja sendiri yang boring ni. Aku dah tak ada kerja lagi nak buat. Nak baca buku pun tak ada selera sebab buku kat PSS semuanya bosan. Arghh! Bosan sungguh!

Waktu Sejarah pula, lagi sekali cikgu suruh buat kerja sendiri atau buat kerja dia yang masih tak siap. Aku dah siap semuanya. Lagi sekali aku tak ada kerja. Bosan sungguh! Masa ni baru aku rasa belajar lagi bagus daripada duduk tak ada kerja macam ni. Argghh! Sabar jelah.

Waktu Agama yang best sikit hari ni. Memang semua ustazah suruh buat kerja sendiri. Aku pula rancak sungguh bersembang. Kalau waktu-waktu sebelum ini, memang aku seorang sahaja yang duduk termangu seorang diri. Semua sibuk buat kerja. Sekarang ni baru aku ada peluang nak bersembang-sembang dengan kawan. Yey!

LASTLY : Aku dan Sekolah hari ini sangat bosan!

No comments: