Sunday, August 10, 2008

Hari Anugerah Cemerlang SMKSS 2008

Seperti yang pernah aku cakap sebelum ni, hari ini adalah Hari Anugerah Cemerlang SMKSS 2008. Best ke? Hmmm... Best lah juga. Tapi tak berapa best. Eh, apa aku cakap ni? Merapu je. Sebenarnya sederhanalah. Ada yang best dan ada yang membosankan. Apa yang membosankan? Hadiah dia yang macam tak ikhlas je nak bagi. Tapi takpelah, aku tak kisah sangat yang itu. Ada yang lain yang aku sangat kisahkan. Persembahannya ada 3 je. Tak puaslah nak tengok. Persembahan yang 3 tu ialah :

1. Nasyid (ni standard je)
2. Tarian Tradisional India ( ni yang paling bosan)
3. Dikir Barat (ni yang paling, sangat, amat best sekali. ramai kawan aku ada)

Perasaan dapat anugerah untuk tahun ni? Siapa yang tak banggakan? Yang pertama sekali mestilah aku bangga. Kedua, aku rasa bersyukur kerana dianugerahkan kejayaan ini (ayat skema gila). Harap kejayaan ni boleh kekal. Amiinn...

LASTLY : Dikir Baratlah persembahan yang paling BEST! Diulangi, paling BEST! (orang-orang tertentu je yang tahu kenapa ia menjadi paling best) ;D

No comments: