Thursday, August 21, 2008

KampungKu

Wah! Seronok balik kampung kali ini. Macam sebelum ni tak pernah seronok pula. Kecoh betul. Hehehehe. Kali ini lain sikit. Tak tidur di rumah arwah nenek lagi. Tidur di rumah keluarga Achik yang sporting lagi baik.

Bila dah terlanjur cerita pasal saudara-mara ni, apa kata aku cerita pasal seorang sepupu yang paling rapat dengan aku? Hampir semua pasal aku dia tahu. Daripada cerita pasal kawan-kawan sampai ke pakwe aku pun dia tahu. Orang lain pun, kurang tahu pasal pakwe aku kecuali dia. Rasanyalah. Apa-apa pun, dia memang rock! Yeh. Dia yang aku cakap tu ialah NURUL AZALINA.
Tahun ini mahu PMR. Good Luck ye!

Semalam sepatutnya aku tak ikut balik kampung. Tapi mak pun pujuk. Mak kata, "Nurul tunggu kamulah,". Aku dah malas nak fikir lagi, aku pun ikut sajalah. Best juga cerita-cerita dengan dia. Tukar-tukar rahsia. Duduk atas batu tepi pantai, cerita pasal macam-macam. Best, best, best.

LASTLY : Nurul, kamoo rock! Sayang kamoo! Kampung itu damai. Apa kena-mengena pulak ni. Merepek... Merepek.

No comments: