Wednesday, August 13, 2008

Busy, Busy, Busy

Aduh! Kepenatan yang amat sangat berlaku pada aku minggu ni. Seminggu ni, setiap petang aku kena datang sekolah untuk latihan koir yang last minute. Apa nak jadilah dengan kelas aku ni. Latihan koir last minute, hias kelas sempena bulan kemerdekaan pun last minute juga. Esok penilaian, hari ni baru sibuk-sibuk hias kelas. Langsung tak ada perancangan. Aku tak salahkan sesiapa, salahkan diri aku sendiri ada juga. Langsung tak ambil kisah pasal semua tu. Apa nak jadilah Imah ni. Ish..Ish...Ish..

Petang tadi latihan koir yang best! Habis pukul 4, lepak kat sekolah sampai dekat pukul 5 baru balik. Best lol lepak dengan kawan-kawan. Gelak-gelak, ketawa-ketawa sambil makan pau. Memang bising gila kat meja tu. Wahahahaha. Barulah remaja. Ngeh ngeh ngeh.. ;P Apa-apa pun, aku harap minggu ni akan menjadi minggu yang best, walaupun aku penat! Yey!

LASTLY : Minggu ini minggu PENAT! Nikmatilah ia dengan sepenuhnya. Ada ke orang yang nak menikmati munggu penat? Melalut je aku ni.

No comments: