Friday, August 22, 2008

Sudah Siap!

Akhirnya hari ni aku berjaya settlekan segala macam kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu-cikgi. Bukan semualah. Ada yang tak tau tu, tinggalkan dulu. Pagi Isnin, mari kita buat kelas pinjam-meminjam. Yey! ;D Terlepas target pula. Hehehe. Dah kena penyakit malas, macam tulah jadinya. Mula-mula bersemangat waja nak siapkan semua. Lepas tu, tangguh-tangguh. Apa nak jadilah dia ni. Hehehe.

Kerja yang pertama sekali aku siapkan ialah Math, yang last pula buat karangan. Karangan menjadi kerja terakhir sebab aku tak ada idea nak buat apa. At last, siap juga akhirnya. Happy, happy, happy. Tapi dalam kegembiraan, aku juga sedih. Kenapa? Aku punya buku latihan English lesap entah ke mana. Dah 4 hari aku mencari. Siapa yang jumpa bagitau ye. Korang boleh jumpa ke? Merepek je aku ni. Ini yang buat aku bertambah sedih ni. Satu rumah ku mencari, tak jumpa bayang pun. Sedih, sedih, sedih. = (

Sedih pun online juga. Kenapa? Sebab tak online lagi buat aku sedih. Hehehe. Tapi tak apa, aku yakin mesti ada punya. Mustahil tak ada. Mungkin ada yang tersalah ambil atau apa-apa sahajalah. Yang penting, tak payah risau. Kalau hilang, bagitau teacher saja. Bukan susah pun. Tapi aku rasa bukan hilang. Mesti ada kat mana-mana ni. Tak apa, misi MENCARI buku English akan diteruskan. Yeh!

LASTLY : Aku gembira sudah siap homework. = ) Tapi sedih juga sebab buku English sudah lesap. = (

No comments: