Friday, September 26, 2008

Tag Tag dan Tag

Hohohoho. Aku di tag lagi? Sungguh malas. Tapi rajin-rajinkan juga sebab tag kali ini best! Thanx Iesha bagi tag yang best ini. (click-click)

6 perkara mengenai AKU PERNAH ;

  1. Aku pernah banyak kali buat salah. So, sori kepada semua yang terlibat dalam kesalahan aku.
  2. Aku pernah banyak kali kena tegur dengan ustazah sebab duduk pandang tepi. Hahaha. Tak boleh bla ouh. Lepas tu, aku selalu debat dengan beliau yang aku dah kira duduk betul-betul dah. Sangat-sangat kelakar. Anyway, ustazah, I'm sorry! Heeeeee~
  3. Aku pernah digosip dengan mamat yang dulu rapat dengan aku. Banyak sungguh gosip-gosipnya. Bukan setakat yang halus, yang kasar pun ada juga. Apa-apa pun, korang perlu tahu bahawasanya aku ngan dia kawan okiey.
  4. Aku pernah rasa geram yang amat sangat sehingga menyumpah seseorang itu. Korang tak perlu tahu siapa dia. Yang pasti, aku sangat-sangat tak suka dia!
  5. Aku pernah jumpa dengan seseorang yang sangat speacial di mata aku. Tapi, semua tu habis macam tu je.
  6. Aku pernah kutuk kawan-kawan aku yang sekarang ni boleh jadi kawan baik aku. Sangat pelik. Korang, sori ye aku pernah kutuk korang. Time tu, aku tak kenal korang lagilah.
(Banyak 'sorry' dalam ni. Alang-alang dah nak raya ni, sekali gus jelah. Heeeee~)

6 perkara mengenai AKU SUKA;

  1. Aku suka makan. Hahahaha. Kalau tak makan macam mana nak hidup kan? Betul tak? Heeee~ Lagi sedap kalau dapat makan makanan masakan mak. Sangat sedap! Yeah!
  2. Aku suka online. Kalau sehari aku tak online, rasa macam tak tentu arah lah. Heeeee~ Kawan-kawan selalu bising macam mana aku boleh siapkan kerja sekolah, kalau ada masa nak touch upkan profile diorang. Hohohoho~
  3. Aku suka membaca. Terutama sekali buku PTS O.N.E. Buku PTS memang best!
  4. Aku suka tengok cerita Upin & Ipin. Mereka sangat-sangat comel!
  5. Aku suka dengar lagu. Music is my life! Yeah!
  6. Aku suka semua benda yang boleh buat aku rasa nak ~terbang~. Weeeee~
6 perkara mengenai AKU GERAM / TAK SUKA BILA;

  1. Aku geram bila ada orang yang melantik diri sendiri jadi ketua. Lepas tu, dia tak reti nak manage kan anak-anak buah dia dan anak-anak buah dia pun bukan suka sangat dia jadi ketua. Syok sendiri a.k.a bajet bagus! Geram sangat-sangat!
  2. Aku tak suka bila ada orang yang tak reti simpan rahsia. Mulut macam tempayan bocor. Sangat-sangat tak suka dengan mereka yang sebegini.
  3. Aku tak suka bila ada orang yang tak sedar diuntung. Bagi betis, nak peha. Melebih-lebih pula dia. Ada manusia macam ni wujud dalam hidup aku tau.
  4. Aku geram bila tengok orang yang tak bersalah kena hukum. Kesian dia tau. Tapi kalau tak ada bukti yang dia tak bersalah nak buat macam mana kan? So, terima jelah hukuman tu. Tapi aku tetap kesiankan diorang.
  5. Aku tak suka bila ada orang yang terlebih menunjuk-nunjuk. Dia fikir, dia bagus sangat nak tunjuk apa yang dia ada kat kita? Apa yang dia ada tak buat dia jadi manusia sempurna. Mungkin buatkan dia rasa bangga dan menjadi manusia yang lebih sikit je daripada kita. Sebab, everybody not perfect okiey!
  6. Ini yang penting ni. Aku sangat tak suka bila ada orang merokok depan aku. Dahlah busuk, asap dia buat aku pening, dan macam-macam lagi lah. Korang kalau nak cakap dengan aku, jauhkan diri dari rokok dulu. MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN. Pesanan dari Kerajaan. Tapi kenapa diorang still jual rokok? Aku tak faham kat sini. Heeeeee~
Wahwahwah. Habis sudah tag yang best ini. Seronok, 2 ronok, 3 ronok, beronok-ronok. Anyway, thanx again Cik Iesha sudi menge'tag' saya. Weeeeeee~

LASTLY : Kali ni, siapa nak jawab tag ini ambil jelah. Tak kisah pun. Untuk semua! Yeah!

No comments: