Saturday, October 18, 2008

Jalan-jalan Beraya! Edisi 2

Woah! Jalan-jalan beraya kembali lagi. Tapi tadi tak adalah banyak sangat rumah yang kitorang pergi. 2 buah rumah je. Seronok? Mestilah seronok. Seronok + penat = kenyang. Ada ke formula Math macam ni? Pandai-pandai je tambah. Jangan masa exam Math nanti jadi macam ni sudahlah. Minta dijauhkan! Amiin... Ini kisah hari ni ;

Depan Sekolah.

Aku, Aida and Anis begitu tabah menunggu Syafarin and Aien. Nak jalan sama-sama pergi rumah Fatin and Ikin. Lamanya tunggu. Tapi, lama-lama tu lah aku boleh tengok gambar dia. Hahaha! Gatal lagi minah ni. 10 minit tunggu, sampai pun diorang. Kitorang pun memulakan perjalanan ke rumah Fatin dulu baru rumah Ikin. Baru nak jalan, Ikin sampai. Tambah lagi seorang rombongan ni. Tapi, perjalanan masih diteruskan. Weee~

Rumah Fatin

5 minit kitorang berjalan nak pergi rumah Fatin. Panas, penat, dan haus lah juga. Sampai rumah Fatin je, aku terus duduk bawah kipas tu. Gaya macam orang 10 tahun tak nampak kipas. Ngeng! Kat rumah Fatin, makan kuih and minum sikit je. Kek lapis warna hijau kat rumah Fatin extra sedap ow. Aku makan setengah daripada jumlah yang ada dalam pinggan tu. Hahaha. Pelahap! 20 minit kemudian, jalan ramai-ramai (lagi ramai daripada tadi) ke rumah Ikin. Weee~

Rumah Ikin

Woah! Sampai ke tempat yang dituju. Bila dah sampai, kitorang diajak makan. Memanglah. Takkan diajak basuh sayur pula. Hehehe. Ramai-ramai duduk kat depan meja makan tu. Bila lauk semua sampai, masing-masing makan dengan penuh bersemangat waja. Heee~ Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa makanan yang dihidangkan di rumah Ikin sangat tip top. Macam restoran 5 bintang setengah. Terlebih setengah la pula. Makan dengan sangat kenyang kat rumah Ikin tu. Marvelous la Ikin!

Beberapa minit lepas makan ingat nak balik. Tiba-tiba hujanlah pula. Kitorang pun postpone kan niat tu. Tunggu hujan berhenti kat rumah Ikin. Sampai pukul 3 lebih duduk kat rumah dia. Sambil tumpang on Myspace. Hehehe. Lepas hujan dah berhenti, kitorang pun balik. Tapi, ambil haluan masing-masing sebab ada yang mak bapak yang ambil diorang. Aku, Aida, Anis and Syafarin yang ke bus stand belakang sekolah tu.

Bus Stand Belakang Sekolah

Di sini, kesabaran kitorang diuji. Hohoho. Tak tahu kenapa setiap orang yang lalu depan bus stand tu pandang kitorang berempat lain macam. Kitorang pun pelik + cuak. Masing-masing tengok diri sendiri. Takut ada yang tak kena. Tapi tak ada apa-apa pun. Kenapa diorang pandang lain macam? Sampai ada seorang uncle yang naik motor pandang, lepas tu dia senyum. Senyum kambing pula tu. Tapi yang peliknya, senyum kambing, tapi kenapa muka dia macam penyu? Kambing + penyu = KAMNYU. Aku gelak gila-gila tengok muka uncle tu. Hahaha! Lawak! Tapi salah ke kitorang duduk sini? Aku masih musykil sampai sekarang. Pelik pelik pelik. Pukul 4, baru aku bla dari bus stand yang penuh misteri tu. Ngee~ Sampai rumah, cepat-cepat solat Zuhur. Nasib baik sempat. Heeee~

Perjalanan raya yang memenatkan juga lah. Kenapa lah aku tabah sangat nak jalan kaki. Balik tu, cakap lah kat emak yang aku jalan jauh. Lepas tu, emak boleh tanya kenapa tak cakap dengan dia. Boleh tolong hantarkan. Hadoyaiy! Aku pening je dengar. Kalau tahu macam tu dari awal, tak payah aku menabahkan diri jalan kaki jauh-jauh. Huhuhuhu. Terharu. Hahaha! Apa-apa pun, this is a joyful day la! Suka!

LASTLY : Pergi beraya memang seronok. Ngeee~ =)

1 comment:

eJump said...

sure la org tgk2 n pandang2 die kat bus stand... da die comey... uhurk3!! ehehehehe....