Wednesday, October 1, 2008

Kisah Hari Raya 2008

Perjalanan raya korang semua dah habis ke? Aku punya baru bahagian 1 yang habis. Lepas ni sambung pula. Drama bersirilah katakan. Hahahhaha. Korang nak tahu cerita raya aku? Tak nak tahu boleh pergi tengok blog orang lain. Nak tahu, baca entri ni sampai habis. Weeeee~

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Balik kampung, 29 September 2008 ; Hari ni balik kampung. Balik kampung dengan mak dan adik-beradik yang lain. Ayah balik esok. Sampai kampung atau lebih tepat lagi, rumah Achik aku lepak-lepak sambil tengok tv. Petang tu berbuka kat rumah Achik. Sedap jugalah. Malam tu, semua adik-beradik yang lain balik rumah pantai. Aku, Icah dan mak je yang duduk kat rumah Achik. Mak dan Achik sibuk nak buat rendang dan sate untuk hari raya nanti, Icah tengah main game dengan Nurul, dan aku pula seronok sembang-sembang dengan Iwan. Hari ni seronok jugalah. Tak sabar nak tunggu esok.

Petang raya, 30 September 2008 ; Petang raya ni, kami sekeluarga agak sibuk. Makcik-makcik, duduk di rumah darat dan masak-masak kat sana. Kitorang yang muda-muda, kemas rumput-rumput yang telah dipotong oleh pemotong rumput amatur, Iwan. Hakhakhak. Main bakar-bakar sekali tu. Tersesak nafas aku duduk dalam keadaan berasap kiri dan kanan. Tapi, aku tetap enjoy masa tu. Masa tengah sibuk kemas rumput tu, ayah balik. Kerja kitorang masih diteruskan sampailah di ambang waktu berbuka yang terakhir untuk puasa tahun ni. Petang tu, masih lagi berbuka kat rumah Achik. Hari ni makan rendang. Enak enak. Heee~

Malam raya, 30 September 2008 ; Kitorang main bunga api dan mercun. Aku tak main sangat. mencapub je lebih. Hahahaha. Seronok seronok. Esok raya! Mesti best! Tak sabarnya...

Pagi raya, 1 Oktober 2008 ; Sudah raya! Seronok! Pagi raya, orang lelaki pergi sembahyang raya. Sebenarnya tak sempat nak sembahyang pun. Pagi raya ni lah yang paling seronok. Pagi-pagi dah 30 ringgit masuk dalam poket. Hohohoho~ Pagi raya ni jugalah kitorang ziarah kubur saudara-mara yang tak dapat merayakan hari yang mulia ni bersama kitorang. Ayat touching plak. Lepas ziarah kubur, macam biasalah raya rumah saudara-mara pula. Tapi tahun ni tak raya dekat banyak rumah sangat. Kitorang tak ada mood sangat. Heeee~

Tengah hari raya pertama (ada ke istilah ni?), 1 Oktober 2008 ; Tengah hari lepas penat beraya, masing-masing duduk lepak sahaja. Baring kekenyangan, kira duit raya tak lupa juga kepada yang main game bulu tak ingat dnia. Hahahahaha. Dalam pukul 2 petang yang dikira tengah hari, aku, Icah dan Nurul pergi mencapub kat tepi pantai. Hahahaha. Habis penuh camera dengan gambar kitorang. Hari raya ambil gambar dengan saudara, Kitorang pula ambil gambar tepi pantai. Agak pelik di sini. Hohohohoho~ Entri lepas ni, ada gambarya.

Petang raya pertama, 1 Oktober 2008 ; Petang raya yang sungguh indah ni, pergi rumah abang saudara kat Alor Gajah. Jauh yang amat. Masa dalam perjalanan mengantuk gila. Tapi, tak boleh tidur sebab sempit. Kesiankan? Hahahaha. Dalam pukul 4 lebih, kitorang pun sampai kat destinasi yang dituju. Tuan rumah yang baik hati, meletakkan 6 jenis kuih raya. Tak sampai seminit 2 balang kuih tu kosong. Terror kan kitorang? Hahahaha. Tapi dalam banyak-banyak makanan yang dihidang, aku suka dengan dia punya rendang! Enak enak! Tapi pedas sikit. Petang tu, aku sangat kenyang. Masa perjalanan balik pula, aku lebih extra mengantuk daripada masa nak pergi. Tapi sekarang, sempit atau luas aku tak kira. Dah ngantuk sangat, tidur jelah. Hahahaha.

Malam raya pertama, 1 Oktober 2008 ; Malam ni, sangat-sangat busy. Busy berkemas. Dah nak balik dah. Sedih betul. Kenapa tak duduk lama-lama lagi kat kampung? Mesti best kalau lama-lama lagi. Hurmmm. Tapi dah ayah suruh, nak buat macam mana? Ikut jelah. Malam yang indah, aku balik ke rumah semula dan sampai pada pukul 10 malam. Perjalanan raya bahagian 1 tamat di sini...
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Mungkin pada korang tak seronok. Tapi pada aku yang melaluinya, pasti lebih seronok. Hahahaha. Tak boleh bla. Apa-apa pun, raya memang BEST! Yeah!

LASTLY : Hari raya rasanya memang tak pernah tak best. Mesti best je. Hohohohohoho~

No comments: