Monday, October 6, 2008

Penat + Bengang = Arghhh!

Dush! Raya tahun ni memang seronok. Tapi PENAT! Semalam aku baru balik dari rumah Puan Along kat Terengganu dan hantar Cik Icah kat Penang. Sungguh penat. Setelah menjalankan kira-kira, didapati 60% daripada cuti hari raya aku tidak berada di rumah. Sangat penat. Baru sampai pukul 1 pagi tadi. 15 jam dalam kereta dan dalam 15 jam tu, aku hampir jelajah satu Semenanjung Malaysia. Cuba bayangkan. Adoyaiy! Hari ni aku dengan slumbernya tak pergi sekolah. Penatlah katakan. Lagipun, mak and ayah tak kisah. Mereka sporting. Woah!

Itu cerita penat. Sekarang cerita bengang pula. Balik pukul 1 pagi, ingatkan bolehlah berkira-kira online. Rindu gila-gila kat Myspace and Blogger. Dengan semangat berkobar-kobar, aku angkat barang, mandi and makan sebab tak sabar nak online. Dah makan, aku pun onkan semua suis PC and speaker. Tiba-tiba, komputer dah ter'on' tapi mouse and keyboard tak boleh pakai. Aku bengang gila-gila time tu. Aku dahlah penat. Ingatkan dapatlah lepaskan rindu kejap sebelum tidur. Tapi mouse and keyboard tak boleh jalan. BENGANG!

Ini semua gara-gara Encek Anep lah. Dia pulangkan balik PC lama dan ambil PC baru sebab PC lama ada problemnya. Dulu masa ambil PC lama, aku mengalah je. Sekarang ambil PC baru pun, aku mengalah juga. Tapi pulangkan PC lama balik, aku tak boleh pakai. Apa cerita ni weyh! Dah pinjam, pulanglah elok-elok. Dush! Sekarang ni pun aku update blog kat laptop Ayah. Pinjam kejap. Tapi aku akan pastikan boleh pakai balik lepas ni. Tak mahu jadi macam cerita aku ni. Huh! Tension jep.

LASTLY : Aku dah penin dah sekarang ni. PENAT + BENGANG = ARRRRRGGGGHHHH!

No comments: