Saturday, November 15, 2008

Genting Highland!

Lalala~ Baru sampai rumah dari Genting pukul 7.30 malam tadi. Lewat 30 minit sebab dekat tengah jalan tadi jammed. Perjalanan balik aku tak tengok ke luar pun. Mimpi indah dow. Sampai EncekAyah call pun tak angkat. Heee~ Lena pula tidur. Penat sangat + kenyang sangat = Seronok! Ini kisah perjalanannya ;

Firstly, cikgu kata gerak dari sekolah pukul 7 pagi. Tapi lewat 20 minit sebab ada yang lambat datang. Heish! Apalah diorang ni. Nasib baik aku datang awal. Huhuhu. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Tapi ada berhenti juga dekat petrol station untuk sarapan pagi. Aku makan sikit je. Kenyang sangat! Masa dah nak sampai, terdapat beberapa masalah dalam bas tu. Tiba-tiba ada banyak air yang jatuh dari atas. Bak kata Mr. Ho iaitu pemandu pelancong kami, itu adalah ayer air-cond. Hehehe. Tapi best juga jadi macam tu. Terus membuatkan bas tu jadi hapenning! And start situ baru aku mula bercakap-cakap dengan jiran baru iaitu, Kak Fazila.

Dah sampai Genting! So, pergi Animal Kingdom dulu. Comel je binatang-binatang yang kat situ. Dalam ramai-ramai tu, geng akulah yang paling lembab sekali. Huhuhu. Mana taknya, mencapub je kerja. Hehehe. Lepas dah settle semua-semua tu, naik cabel car!

Sampai kat atas tu, pergi beli tiket and terus ke Ripley's Believe It Or Not! Best dengan sangat. Boleh mencapub sepuas-puasnya! Hehehe. Memang kat sinilah paling banyak gambar yang dapat dicaptured. Heee~ Awal-awal still rajin mencapub. Huhuhu. Macam-macamlah yang seronok kat situ. Best!

Lepas tu, kitorang masuk SnowWorld. Huh! Satu pengalaman yang takkan dilupakan. Lalala~ Serius, sejuk gila! Baru dekat SnowWorld dah sejuk gila, sah sah tak perlu berangan ke UK mahupun London. Hahaha! Dalam SnowWorld tak boleh bawa kamera, so tak dapatlah aku mencapub. Hehehe. Tapi ada juga suruh orang dalam tu ambil gambar and lepas tu kena beli. Aku beli 2 gambar dengan harga, RM 20+. Heee~ Puas hatilah dengan gambar tu. Cun! Lalala~ ;)

Lepas pergi SnowWorld, makan time! Best, best, best! Kenyang lagi sekali. Huhuhu. Lepas makan pula pergi solat. Tapi masalah menjelma dekat surau perempuan. Ada 2 orang makhluk Allah yang siap baring-baring dalam tu dan kunci pintu. Kitorang nak masuk pun tak boleh. Bila ketuk-ketuk banyak kali, baru diorang buka. Tu pun, buat muka! Sakit jiwa raga aku tengok! Yang hang pi kunci pintu apsal? Orang ketuk-ketuk nak marah pula. Ngeng! Tapi lastly, dapat jugalah solat.

Lepas dah selesai urusan, cikgu bagi aktiviti bebas! Inilah part yang paling seronok selain dalam Ripley's Believe It Or Not and SnowWorld tu. Kitorang semua bebas berjalan sesuka hati sampai pukul 5.45 petang. Bila dah pukul 5.45 petang tu, berkumpul kat tempat tadi. Seronok gila! Walaupun 3 game je yang sempat main, tapi seronoklah juga! 2 game outdoor and 1 game indoor. Tak sempat main game outdoor banyak-banyak sebab hujan. Tapi kira ok lah tu! ;) Games ;

  1. Spinner - First game. agak jakun! Hahaha! Kat sini rasa biasa. Just pening sikit. Rasa macam main pusing-pusing dengan adik beradik masa kecil-kecil dulu. Heee~
  2. Space Shot - Woah! Yang ini dasyat! Extreme gila! Takut, takut, takut. Bila dia nak turun tu, rasa macam paru-paru aku tertinggal kat atas! Huhuhu! Serius, extreme gila!
  3. Reindeer Cruiser - Huhuhu. Paling bosan sekali. Slow je jalan. Main pun sebab ada cikgu main sekali. Saje je tumpang sekaki. Lagipun masa dah tak cukup! Sedih je. Huhuhu...
Dah main games, shopping la pula. Hehehe. Aku tak layan sangat shopping ni. Kawan aku lah. Dia beli untuk satu family. Heee~ Bagus betul! Lepas shopping, kitorang ada masa 20 minit sementara nak tunggu yang lain datang. So, jalan-jalan cari makan la. Hahaha! Mana tak kenyang. Game 3 jenis, makan berjenis-jenis. Hehehe. ;P Masa cari makan ni, ada sesuatu berita yang kawan aku beritahu. Berita yang agak menyakitkan hati. Urgh! Benci mereka yang cakap macam tu! Kecoh! Tapi disebabkan hari ini adalah hari yang gembira, aku enjoy je! Lalala~ ;)

Gerak balik ke Serdang pukul 6.15 petang. Balik tu, tak banyak cakap. Letih sangat-sangat. Tidur tak ingat dunia. Hahaha. Sampai sekolah, call EncekAyah. Lepas tu, beliau kata EncekAnep yang ambil. Wuhu sampai rumah, secepat mungkin solat Maghrib. Heee~

Serius! Aku agak jakun pergi ke sini okiey! Sebab memang tak akan dapat pergi dengan family. Dah pergi dengan rombongan sekolah pun, kira bersyukur. Bukan selalu boleh pergi. Oleh itu, seikhlas hati ku katakan, aku sangat JAKUN okiey! Lalala~

LASTLY : Best, best, best! Ada peluang, nak pergi lagi. Heeee~ ;)

p/s : Panjang gila entri ni. Tak tahulah korang rajin nak baca. Heeee~ Gambar akan disiarkan. Hehehe. Kumen okiey! ;))

2 comments:

Nina said...

Haha ~ seriusly cakap, Sara tak pernah pergi Genting okay :(

Cepat2 siarkan gambar. Nak tengok apa yang dicapubkan sangat. ahahaha :DD

Anonymous said...

da lama xpegi genting .
nape xajak ?
bole ikut sama . :P