Friday, November 7, 2008

Kisah Exam

Exam dah habis! Tapi aku masih nak cerita pasal exam tahun ni. Hehehe! Kan dah cakap, habis exam nak letak banyak entri. Heeeee~ Kisah exam last year tahun ni! Seronok! Takut! Pening! Slumber! Dan macam-macam lagi. Satu pengalaman baru!

Exam paper yang first tu awal sikit - 22/10/2008. Lepas tu tak ada exam sampai 30/10/2008. Last paper hari ni - 7/11/2008. Pelikkan? Ada main sambung-sambung pula tu. Hadoyaiy! Buat orang sakit kepala je lah. Dahlah exam lambat. Habis exam, ada 2 hari je extra. Tak sempat nak enjoy la dengan kengkawan. Bosan betul! Urrgghh!

Exam paper first n second berjalan lancar. Just ada bincang-bincang sikit. Heee~ Ramai juga yang buat macam tu. Hahaha! Korang nak kutuk? Dipersilakan. Memang patut pun kitorang dikutuk sebab buat benda yang terkutuk tu. Heish! Tapi tak adalah bincang 100%. 10% tu adalah kot.

Semua paper yang awal-awal tu, buat kat dalam kelas. Kedudukan ikut abjad. Kekurangan sikit nafsu nak berbincang tu. Hehehe! Masa 5/11/2008 tu kitorang dah ditukarkan kelas ke 5 Sabar. Masing-masing cari port baik punya dekat-dekat dengan kawan. Heee~ Aku sekalilah dengan geng aku. Belakang sekali. Hehehe.

Tapi semua tu berubah sekejap bila masa exam PJK tadi. Ustazah yang jaga. Ustazah memang straight sikit. So, masing-masing duduk tempat ikut abjad. Lalala~ Ramai juga yang tak berapa puas hati, tapi ikut jelah. Lepas paper PJk paper BM. Masa paper BM tu, semua tukar tempat duduk yang berterabur-terabur tu. Ngah3!

Exam kali ini, aku lebih maju! Orang tanya aku pakai phone. Terror kan? Jahat! Ye! Aku memang jahat. Zamir sekali! Bukan aku seorang! Hahahaha! Orang tanya, aku jawab jelah. Pada aku tak baik kedekut ilmu! Siapa setuju? Hahahaha! Tapi PERHATIAN!!! Hanya orang yang menanya aku. Aku tak tanya diorang ye. Aku buat ikut otak aku. Diorang tanya, aku jawab. Tapi aku tak tanya sama sekali! Ingat tu!

Zaman yang paling maju bagi aku. Hahaha! Tapi anda semua tak boleh nak salahkan kami 100% kerana meniru. Kalau 99% tu boleh diterima lagi. Semua orang nak dapat result yang baik sebab cikgu ramai yang pressure kitorang. Aku kadang-kadang ada juga tertekan. Tapi aku pandai-pandailah hilangkan tekanan tu. Huhuhu. So, conclusionnya kat sini, kitorang agak tertekan dengan cikgu-cikgu semua. Cikgu boleh relax sikit tak? Hadoyaiy!

LASTLY : Perbuatan yang diceritakan di atas adalah salah di sisi undang-undang. Jangan tiru aksi ini dalam exam anda! Kecuali anda mungkin mengalami nasib yang sama dengan budak-budak 1 Setia!

p/s : Pembalasan dendam lagi! Hahaha! Entriku sepanjang-panjangnya. Lalala~

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.