Friday, November 7, 2008

Lalala~

YEAH ! Sesungguhnya tepat pukul 12.15 tengah hari tadi, tamat juga akhirnya peperiksaan akhir tahun SMK Seri Serdang yang rasanya sangat-sangat lambat habis. Gembira gila! Gembira sangat! Amat gembira! Lalalala~

Paper first yang dijalankan beberapa hari lebih awal daripada jadual ialah BM kertas 2. Paper last pula BM kertas 1. Yang lain-lain tu banyak sangat kalau nak cakap. Tak payah cakap jelah. Huhuhu~ Paper BM? Best gila. Syok sangat. Soalan memang boleh membuatkan otak aku gembira (sebenarnya diri aku.hehehe). Suka!

Paper yang lain biasa-biasa je. Yang senang sikit pada aku ialah BM, Math, Science paper 1 je and PJK. Yang lain tu, rasa macam nak pengsan je bila jawab. Berbelit otak aku la weyh! Terutama sekali Science paper 2 n English paper 2. Huhuhu~ Tapi Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga habiskan semua paper tu tanpa ada satu pun yang miss.

Harap dengan ketidak'miss'an aku menjawab semua paper sama dengan ketidak'miss'an aku punya skor A. Bak kata motto kelas KRK, "Masuk straight A's, keluar straight A's" Boleh sakit kepala, jantung, paru-paru, ginjal dan seterusnya bila aku dengar motto ni. Hadoyaiy! Tapi kalau aku, aku tak kisah dapat markah berapa atau nombor berapa sekali pun. Yang penting A yang aku ada ialah di tahap cemerlang. Bak kata Cikgu Mustaqiem, "Yang penting kualiti, bukan kuantiti" Aku akan ingat pesan cikgu yang rawk ni sampai bila-bila. Buat masa sekarang, setelah dikaji, Sejarah aku A = 90. Bersyukur tak terkira aku. Alhamdulillah...

Exam dah habis, sekarang tiba masa aku untuk meng'online'kan diri selama yang mungkin! Hahaha! Tapi sementara tak ada homework jelah. Korang mesti pelikkan kenapa aku dah akhir tahun tiba-tiba ada homework? Memang menyakitkan hati! Betul tak? Korang setuju tak? Mesti tak kan? Tapi itu dah arahan sekolah untuk murid-murid kelas KRK sebab cikgu yang mengajar 1 Setia akan sama sampai form 3. Arghh! Bosan betullah! Tiap-tiap tahun tengok muka cikgu yang sama. Ada setengah tu tak kisah tapi ada beberapa orang yang harus dikisahkanla. Hadoyaiy!

Disebabkan berita yang kurang menyenangkan tu, aku dah buat jadual yang tak berapa boleh dipanggil jadual untuk siapkan homework tu. Aku akan siapkan awal-awal. Dapat je, aku nak terus siapkan. Sebagai langkah untuk bersenang-lenang di kemudian hari. Aku akan siapkan awal gila. Aku kena buat macam tu, untuk senangkan diri sendiri. Kalau aku tak buat macam tu, aku boleh tempeleng diri aku sendiri. Hahahaha! Korang nak tempelengkan pun boleh. Heeee~ Minta kebenaran dulu ye.

Apa-apa pun, sempena exam yang dah habis ni aku nak buat sesuatu untuk buat ayah aku gembira dan bangga dengan aku. Korang kena tunggu kalau nak tahu apa benda. Hahaha! Jahatnya aku. Tak kisah pun. Aku akan post entri banyak-banyak malam nanti. Tunggu!

LASTLY : Exam dah tak ada buat masa ni untuk peningkan kepala otak aku lagi! Yeah! Imah sangat gumbira hari ini! Lalalala~

p/s : Entri kali ini panjang gila sebagai pembalasan dendam aku dah lama tak post entri. Hahahaha! Malam ni ada juga. Tunggu!

2 comments:

Nina said...

Form 1 sampai 3 sama kelas? Tak bestnya.. hahahah.. Sara pun kena macam tulah.. patutnya tiap2 tahun tukar kelas, tapi tak tau kenapa tahun ni tak tukar pula..

Bengang woo cikgu cakap macam gitu =(

Imma Belieber said...

balas dendam?
dasyat.dasyat..
:)
entry memang panjang !