Tuesday, November 11, 2008

Special to AdLina!

Hmmm.. Sebenarnya dah tak ada apa nak dituliskan lagi. Tapi CikSara mahu menjadikan blog ini sebagai bahan bacaanya. So, aku masukkanlah entri baru ni. Heee~ Entri sebelum ni ada cakap yang ada seorang kawan baik aku yang nak pindah ke Melaka. Mari aku kenalkan!



Aku kenal budak comel ni sebenarnya dari darjah 1 lagi. Tapi masa tu, just kenal muka jelah. Darjah 4 baru start bercakap sikit. And bila darjah 6 tu, kitorang dah jadi bestfriend dengan 3 orang lagi. Semuanya 5 orang. Imah, Shuhada, Ayin, Adlina, and Anis. Memang bestfriendla. Sayang diorang semua ni. Adlina ni ;
  • Manja sangat! (Maklumlah anak bongsu)
  • Comel and sweet je!
  • Photogenik. Boleh pose macam-macam gaya.
  • Baik sangat!
  • Friendly gila! First-first cakap dengan dia, dialah yang tegur dulu.
  • Kelakar amat! Suka bercerita dengan Anis pasal cerita Kappa Mikey dengan Spongebob! Hehe. Aku pun kadang-kadang terjerumus juga! Gelak macam orang gila bila cerita tu. Ahahaha!
Pendek cerita, dia memang kawan yang bestlah! Tak ada masalah sangat pun kawan dengan dia. Dia ni gila-gila la juga. Gang kitorang memang gila! Hehee~ Adlina, kita nak ;
  • Ucapkan semoga berjaya kat Melaka nanti!
  • Jangan lupakan kitorang tau nanti walaupun dapat kawan baru.
  • Cakap, yang kita sayang sangat kat awak! Lalala~
  • Poskan tauge ke Melaka! Awakkan ratu tauge. Hehehe. ;)
Aku sedih sangat! ;'( Seorang kawan baik aku akan tinggalkan aku. Tapi Ad, kita akan tetap ingat awak. Trade mark, RATU TAUGE akan sentiasa dekat di hati. Macam TV9 la pula. Hehehe. Bye Ad! Sayang kamoo!

LASTLY : Ad! Kamoo memang the BEST and the BOMB! Lalala~ ;)

p/s : Adlina digelar RATU TAUGE sebab dialah yang selalunya menghabiskan tauge dalam kueh teow goreng yang dibeli di kantin. Ramai yang tak suka tauge. Dan Adlina yang tolong habiskan. So, jadilah dia RATU TAUGE! Heeee~ ;)

1 comment:

Sara said...

Haha ~ mekaseh.. mekaseh ^__^

saya kan seorang yang rajin membaca. Jadi cik imah perlulah sentiasa mengupdate demi rakannya ini.. hahaha

Suka makan tauge? erkk.. Sara pun sebenarnya suka.. haha.. sekali sekala sedap apa :P