Saturday, November 8, 2008

Untitled

Hohohoho! Aku memang betul-betul nak balas dendamlah nampaknya. Banyak-banyak entri telah dimasukkan. Heeee~ Suka hatilah kan? ;P

Exam dah lepas. So, mesti banyak jamuan yang ada. Hari Isnin ni aku ada jamuan untuk Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Tapi kalau aku, ramai yang panggil PEMBULI Rakan Sebaya. Hahaha! Aku kan jahat kat sekolah. Semua orang aku buli. Ngah3.. Sebenarnya bukan buli. Tapi gurau. Gurau-gurau manja lah katakan. Hahaha! Over la pula! Jamuan ni boleh pakai baju kurung. Maybe nak sekalikan dengan jamuan Hari Raya. Tapi raya dah habis. Raya haji kot. Hahaha! Aku nak balik rumah dululah. Nak tukar baju. Lecehlah kalau tukar baju kat sekolah. Harap sempat tukar baju kat rumah. Sebab aku ada masa 15 minit je nak tukar baju. Hadoy!

Hari Selasa ni pula ada jamuan kelas. Lambat betul jamuan kelas aku. Dahlah kat kantin je. Makan nasi je. Hadoyaiy! Harap sangat ada yang complain pasal jamuan ni. Aku sebenarnya tak puas hati. Tapi malaslah nak bising-bising. Kalau jamuan kelas ni, pakai baju kelas lah. Baju kelas tu bolehlah tahan. Tapi simple sikit. Nasib baik aku seorang yang simple. So, memang itulah gayaku. Ramai juga yang tak puas hati dengan baju kelas tu. Tapi dah order kan. Dah dapat dh pun takkan nak tukar pula. Heeee~

Aku tak sabar nak pergi semua-semua jamuan ni. Lepas habis jamuan, cuti panjang. Tahun depan baru sekolah balik. Sedihlah juga. Tapi jangan risau, semua cikgu tahun ni memang akan ajar aku sampai form 3. Sakit kepala la! Huhuhu.

LASTLY : Imah suka jamuan! Jamuan best! Lalala~

No comments: