Monday, January 19, 2009

Kekucingan?!

Hari ni aku belajar benda baru la! Baca ni!


Kucing? Makhluk Allah yang comel. Tapi ada segelintir yang tak comel.
Kucing? 2 telinga capang, 2 mata bersinar, 4 kaki comel, 1 ekor berbulu.
Kucing? Ada banyak kat rumah aku. Boleh jadi pusat pengumpulan kucing. Tak pun Kucing Welfare Centre.
Kucing? Apsal aku macam sakit hati je tengok binatang ni?
Kucing? Patut ke dibela jika :
  1. Tuan kucing tu tak bertanggungjawab ke atas kucing tu? Kira macam suruh orang lain buat laa~ apa-apa hal pasal kucing tu. Dia main je dengan kucing tu.
  2. Tuan kucing tu hirau sangat kat kucing tu sampai benda lain pun dia tak kisah.
  3. Tuan kucing tu terlalu emosional bila apa-apa terjadi pada kucing tu. Tapi tak pula beremosi bila terjadi apa-apa pada orang lain?
Kita memang mesti sentiasa sayangkan haiwan termasuk kucingla. Tapi kalau kucing itu boleh buat orang bermasam-muka sesama sendiri dan mengutuk dalam diam macam mana tu? Apa kejadahnya ini semua? Kes bela tenuk, tak pernah terjadi. Bagaimana pula dengan kes bela kucing? Yang melampaui batas? Huh?

Terlalu banyak persoalannya di sini. Perlu ke ikut sangat seseorang sampai boleh buat orang lain bermasam-muka sesama sendiri? Kalau perlu ikut, macam mana kalau seseorang itu terjun loji taik? Kita ikut sekali la? Perlu ke bela kucing, kalau perkara di atas terjadi? Perlu ke buat semua orang sakit hati? Banyak la tanda soal la... ?????

"KAWAN" aku cerita yang dia pernah dengar ayat ni ;
'Kesian kucing tu. Dia macam nak mati'
'Mana pergi kucing tu? Dah 2 hari tak nampak'
'Jangan buat kucing tu macam tu.'
'Kat sanasinisitu ada kucing. Kesian je kucing tu. Mesti dia lapar.'
dan sebagainya...

Ayat-ayat yang boleh kita dengar daripada pelapis Abu Hurairah. Sesungguhnya mereka ni bagus. Menyayangi binatang termasuk aku lah jugak sikit. Tapitapitapi, kalau terlebih menyayangi daripada hal lain macam mana? Patut ke digelar kucingholic? (lebih kurang seperti workholick and etc.) Aku pun tak tahu...

Tak tahu tiba-tiba idea datang mencurah-curah lagi tu untuk aku tulis entri merepek ni. Ada sumber inspirasi agaknya. Huehue~ Entri yang tak berapa bagus ni, patutlah kita renung-renungkan dan selamat beramal! Sekian, terima kasih...

LASTLY : Tak ada kena-mengena antara yang hidup atau meninggal dunia. Contoh yang diberikan oleh "CIKGU" saya. Inikan benda baru, so mahu share! Sharing is caring! :)

p/s : Happy Belated Birthday to Guru Tingkatan 2 Setia. Cikgu ini menangis terharu apabila menerima kad sebesar meja daripada kami. Kami sayang cikgu!!! :)

2 comments:

norainiammran said...

Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar... heheh

aLyaLya Lalala... said...

Comelnya kucing oren tu !
Cuma nampak macam sedikit kekoko-an .
Kalau dia oren sikit lagi dan besar sikit lagi , mesti boleh jadi peganti kucing iklan friskies =)