Wednesday, April 29, 2009

Lalang oh Lalang ?

E'eh? Title sangat pelik. Lantak lah. Memang berkenaan dengan ini,

CERITA

Pada suatu zaman di mana kapal wap dan Terusan Suez telah lama dibina, Si Lalang berkawan baik dengan Si Angin Monsun Timur Laut atau lebih popular dengan Si AMTL. Mereka sangat baik dan rapat. Tidak beberapa lama kemudian, entah kenapa Si Lalang meninggalkan Si AMTL lalu berkawan pula dengan Si Angin Monsun Barat Daya atau lebih dikenali dengan Si AMBD. Namun, beberapa lama selepas itu, Si Lalang ini beralih angin pula. Dia mula merapatkan diri dengan Si Angin Monsun Utara Selatan atau lebih mudah dikenali sebagai Si AMUS.


Tetapi, antara Si AMTL dengan Si AMBD sudah pastinya Si AMTL akan berasa lebih kecil hati kerana dialah yang mula-mula bersahabat baik dengan Si Lalang ini, sehingga akhirnya Si Lalang ini pergi begitu sahaja. Si AMTL mula terkenang waktu-waktu mereka bersama. Bila Si Lalang susah, pasti Si AMTL datang tolong. Tak datang pon boleh tolong. Tapi, sekarang Si Lalang yang tiada pendirian ini 'blah' begitu sahaja bersama Si AMUS. Si AMTL minta tolong sedikitpun sudah dia berkira. Dia tak kira waktu Si AMTL tolong dia dulu? Apa kejadahnya LALANG ni..??

TAMAT

Eh, eh? Apa nak jadi lalang ni? Lalang ni macam lalang ditiup angin. Haha, memanglah. Dah nama lalang. Mudah mengikut, mudah terpengaruh. Walaupun pada perkara yang tidak elok seperti menggeletis bersama-sama orang tertentu. Cehh~ Kurang asamm~ punye LALANG! :O

Ehm, any comment? Tapi yang penting,

Siapa makan peria, rasalah kau pahitnya~
Siapa minum air letak garam, masin la rasanya ngokk~
Siapa yang tak reti berenang, lemaslah kalau berenang~
Siapa makan cili, rasa-rasalah pedasnya~
:O

Sekian,
Renung-renungkan dan selamat beramal~ :)

4 comments:

alia F. said...

uhuk, ak tak terase =.=" HAHA, this is really "something"

cik imah said...

tidak tidak perlu pon kau terasa..
tidak ada 'interdependence'nye dgn kau.. huehue~ ;)

alia F. said...

sebab tu aku ckp aku tak terase.. ngehehe :DD

cik imah said...

heheh~ xD