Saturday, May 9, 2009

Sakit

One word je dalam kepala otak aku. SAKIT.


Sekarang aku seorang je kat rumah. Kosong betul rasanya. Aim, mak dengan ayah balik kampung. Aku tak ikut sebab balik hari je. Lagipun kereta penuh dengan barang almari, rak and whatsoever. Yang lain semua buat hal lain-lain. So, aku rasa kosong kat rumah harini. Sakit jiwa je rasanya duduk kat rumah ni sorang-sorang.

Otak sakit fikir macam-macam hal. Mid-year exam semakin hari semakin dekat. Takkan lah semakin jauh plak kot. Sangat takut. Takut tak boleh score je. Sakit kepala aku fikir. Risaurisaurisau~ :O

Sakit hati dengan projek WARGA tuutt tu. Dulu aku yang tak ambil port sekarang aku plak yang terlebih ambil port. Aku yang edit semua. Ketua plak dah macam tuut. Haritu yang kau sibuk sangat nak jadi ketua pastu ambil aku masuk group kau. Sekarang kejadah ape? Tak reti ambil tanggungjawab jangan ambil la bodoh! Urghh! Hari-hari kena pergi sekolah balik. Sampai balik pukul 5. Macam-macam hal lah~ :O

Sakit hati lagi dengan masalah kawan-kawan yang tak pernah nak settle. Aku tak pernah nak terlibat dalam pergaduhan sesama kawan ni. Tapi entah kenapa rasanya macam aku terlibat plak sekarang. Apsal kawan sama kawan nak gaduh-gaduh sebab ada orang yang tak sesempurna mana? Aku benci lah macam ni. Tegur sikit macam tak puas hati. Aku nak korang semua berubah boleh. Aku terasa hati sikitlah dengan korang. Harap faham~ :|

Jealous dengan orang lain yang boleh jalan-jalan dengan family semua. Aku pulak? Tak akan dapat ke mana-mana atas sebab-sebab tertentu. Family pon dah tak ramai lagi yang ada kat rumah ni. Masing-masing dah duduk jauh-jauh. Kan bagus kalau ramai-ramai macam dulu. Meriah sikit...

Kalaulah dapat putarkan masa kembali~ :|

3 comments:

DJ Farahani said...

Salam Kak Imah,

Farah pun tengah sakit kepala fikirkan ujian.Urg!

DJ Farahani said...

Salam Kak Imah,

Farah pun tengah sakit kepala fikirkan ujian.Urg!

cik imah said...

Salam Farahani,
Tau takpe..
Peninpenin~ =.="