Friday, June 26, 2009

KeWARGAan

Wuu, esok adalah waktu puncak untuk projek WARGA yang USM anjurkan ni. Kalau menang esok, hari Ahad tu lebih kemuncak la. Hahaaaa, xD

Semua mesti tanya apa tu WARGA. Projek untuk membantu WARGA tua yang sakit dan ditinggalkan di rumah kebajikan ke? Tak pun WARGA muda yang terlibat dalam masalah sosial? HAHA! Dah merepek dah aku ni. ;PP

Okay, kita teruskan. Projek WARGA tu, ialah...

Projek Warga dianjurkan oleh USM untuk memberi peluang kepada remaja untuk terlibat secara aktif dan interaktif sebagai warga Malaysia dalam mengenalpasti, mencari alternatif dan menyarankan penyelesaian terhadap masalah-masalah awam. Mereka dilatih untuk mengenalpasti masalah yang dikaji, mengumpul maklumat, meneliti penyelesaian masalah, membentuk dasar awam sendiri dan membentuk rancangan tindakan.

Program Warga dilaksanakan melalui kerjasama dengan Center for Civic Eduxcation, Calabasas, California yang turut melaksanakannya hampir 30 negara di dunia termasuk di Amerika Syarikat, Rusia, Bosnia, Panama dan Indonesia.

Peringkat awal projek ini bermula dengan latihan untuk pengetua dan guru-guru yang diikuti dengan pembentukan kumpulan-kumpulan pelajar sekolah yang menjalankan kajian masalah yang dipilih. Showcase ini adalah hasil daripada usaha-usaha yang dilakukan itu melalui kerjasama pihak sekolah dan jabatan-jabatan kerajaan yang terbabit.

Center for Civic Eduxcation, Calabasas, California memberikan dana kira-kira RM200,000 untuk melaksanakan projek ini di Malaysia.

Mohamad bin Abdullah
Pejabat Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia


Sumber ; SINI~

Haa, dah faham? Aku rasa benda ni menjurus kepada politik sikit. Kan? Hahaa, tak kisahlah politik ke, politeknik ke (ehh, ni sekolah kan? HAHA!). Yang penting sekarang, esok nak pergi pusingan pertama. Menang atau kalah, Ahad tu kena pergi juga. Jadi, doa-doakanlah sekolah aku dapat menang esok dan boleh bertanding hari Ahad tu. Kalau tak, perhabis boreh je datang hari Ahad tu. Huehue~ xD

So, Shah Alam. HERE WE COME! CHAIYOK SMKSS! ;D

WARGAWARGAWARGA~ xD