Monday, September 14, 2009

Kadang-Kadang

Kadang-kadang kita bukan berniat nak buat sesuatu.
Kadang-kadang kita tak boleh harap orang lain suka kita.
Kadang-kadang kita tak boleh harap orang percayakan kita.
Kadang-kadang kita jangan fikir orang lain menyampah dengan kita.
Kadang-kadang kita jangan percaya dengan orang yang kita percayai.
Kadang-kadang tak semua yang kita harap jadi kenyataan.
Kadang-kadang bukan semua orang boleh dipersalahkan.
Kadang-kadang kita suka salah sangka.
Kadang-kadang kita patut tahu yang orang tu sayang kat kita.
DAN,
Kadang-kadang kita tak mungkin jadi yang terbaik untuk orang lain.

Tapi yang pasti, selalu saja ada yang kita tak puas hati. Tu lah selalu aku dengar, manusia selalu tak puas dengan apa yang dia ada. Selalu nak lagi dan lagi dan lagi. Tapi kalau dah kes macam ni kira tak puas hati jugak ke? Entahlah, labuuuu~ x)

Kau dengan dia dulu. Sekarang aku dengan dia plak? Tapi perasan tak? Sekarang pon ada kau dengan dia lagi. Tak pernah ade kau dengan aku atau aku dengan kau lagi. Sebab kau dengan dia, aku dah takde sesapa lagi kat sebelah kan? Aku bukan tempat kau nak bercerita lagi kan? Apa yang boleh aku buat? Nak jadi pokok ubi kat situ? Pusing belakang jelaa yang boleh aku buat kan? Jadi sekarang, aku tak tau lah apa nak jadi.

Dia tu plak, tak berapa boleh dipercayai sangat kot. Dia pun sebenarnya aku tengok macam kesunyian je. Tapi nak buat camne, kau lebih percaya dia boleh jadi tempat bercerita kau daripada aku kan? Dah tu, apa yang aku boleh buat lagi. Sebab kau yang selalu jauuhhh. Itu bukan strategi sayang oi. Haa, aku ada satu strategi baekk punyaa. Kau duduk je kat sebelah aku, aku duduk je sebelah kau. Takyah sesapa pon nak cari sesapa. Kita cari kita sama-sama nak? Tu strategi aku. Tapi kalau aku sorang je yang nak buat, serupa takyah.

Dia yang dengan aku tu plak. Bukannya aku rapat dengan dia kan? Biasa-biasa je. Sama macam budak-budak yang lain. Kalau kau tanya dia pasal aku, bukan semua pasal aku pon yang dia tau. Tapi kau lagi tau kan? Jadi, siapa rapat dengan siapa sekarang? Tapi aku tak suka selesaikan cara carut-carut ni. 10 malam terakhir Ramadhan lagi tu. Takkanlah kan? Meh lah kita bawak bersaboo, duduk berbincang. ;)

By the way, kalau kau rasa aku salah. AKU MINTAK SORRY. :) Sebelum raya dah mintak maap ni, raya nanti mintak maap jugak. Takpe kan? Yang pasti, aku sentiasa tak berniat nak menjual ikan. Mungkin itu tak disengajakan. Lagi sekali, AKU MINTAK SORRY. Lalala~ xD

Kepada semua. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jangan pernah meminta lebih atau minta kurang. Ehh, ada ke orang minta kurang? Haha, entahlaa labu. xD

Renung-renungkan dan selamat beramal. ;)

2 comments:

Air.Novel Ababiel said...

i love ur post.....nice artikel......salam!

.imah. said...

Air.Novel Ababiel,
trima kaseh. x)