Tuesday, November 10, 2009

Diperkudakan, Memperkudakan

HAHA. Ya, harini diperkudakan, diperkotak-katikkan, didajalkan dan di macam-macam lagi kan. Ada aktiviti kat sekolah tadi. Ape ntah namanya, team building? Ye kot, haha. Lantaklahh nama dia apa. Tapi aku nak panggil aktiviti ini sebagai "Memperkuda". Semua aktiviti macam nak maja'al je. Semua stock buat dajal. Haihh, -__-"

Macam ada stesen-stesen laa. Ada 8 semua sekali. 4 stesen untuk fasa 1 sebelum rehat. 4 lagi fasa 2 lepas rehat. Tapi semua stesen macam ntah hape-hape. Tapi paling terasa ntah hape-hape stesen 4 kot. Angkat air dalam baldi guna kaki sambil duduk. Cehh, group aku 3 kali try baru lepas. Asyik jatuh je air tu, basah dot. Tension je. -__-"

Tapi group aku still dapat top 5 jugak. Haha, gila punya takde nafsu nak main dapat jugak laa nombor 5 daripada 8 group. Dahlaa tak memasal jadi group leader. Cehh, menyesal plak pergi ambil nombor tadi. Tapi, group semua okaylaa. Aktiviti je macam tuuutt. Tak mampu diperkatakan. HAHA! -__-"


Haha, dah laa. Malas nak cerita pasal aktiviti "Memperkuda" tu. Haha, terasa diperkudakan lagi nampaknya. So, sebagai konklusinya, esok malas lah pergi sekolah. HAHA! Takde kena mengana pun. Tapi, ade aku kesah. Pergi pun bukannya buat apa. Paling pun golek-golek belakang kelas. Haha, :P

Jangan biarkan hidup anda diperkudakan. xD

No comments: