Monday, January 11, 2010

The DEAD Fish


Ha-ha-ha. Lepas ni memang jadi DEAD fish lah aku. Lunyai lunyai. Esok start kelas PREP, 3 hari seminggu, kira macam kelas tambahan lah tu. Esok start perjumpaan kelab permainan. Lusa ada latihan rumah sukan. Sabtu ni perjumpaan unit beruniform. Minggu depan start perjumpaan kelab. Let's imagine...

Bangun pagi pukul 6.30, pergi sekolah pukul 7, belajar pukul 7.20-1.05, tengah hari malas balik, ade kat sekolah lagi, PREP 1.45-2.45, kokurikulum 3-5, sambung lagi petang tu kat sekolah dengan latihan rumah sukan, 5-6.30. Elakkan malam kat sekolah jugak je. Haihh, serupa duduk hostel laa cenggini. Hehh, tahun depan masuk asrama lah. Boleh kot, sama je kan. Hmmm. -__-"

Lepastu, homework nak kena buat malam tu lagi. Homework pun macam taknak banyak lagi je kan. Nak study lagi, revison, blablabla. Nasib baik tak tuisyen. Kalau tak, aku rasa macam boleh meninggal on the spot je. Haihh, apsal laa banyak sangat keluhan aku ni? -___-"

Memang macam tak dapat dibayangkan. Tapi tu yang terpaksa aku lalui, bukan bayangkan je. Ya Allah, kuatkanlah semangat aku ni. Jangan kecundang di tengah jalan nanti. Kan dah cakap, 2010 ni macam tahun takde luck. Awal-awal tahun dah buat onar. -___-"

Lepas ni, memang berhabuk blog ni. Online macam biskut. Ahh, aku malas nak online lagi lah macam ni. Tekanan, tekanan. Stresstable. Ha-ha-ha. Habis aku kena ketuk dengan Puan Norizan nanti, ntah celah mana ada word stresstable. xD

Sekian saja dari the DEAD fish here. Haha, -.-

2 comments:

iqbal said...

nak entry baru .
hahhaha
xD

.imah. said...

weekend ni lah pakcik.
tak menyabooo. :PP