Sunday, January 3, 2010

Sekolah Sesi 2010

Dukacita dimaklumkan bahawa sekolah sesi 2010 akan bermula kurang 24 jam daripada sekarang. Haha, aku cakap macam lah korang tak tau an. Ke memang korang tak tau? Tau ke tak ni? Bhahaha, aku tau korang tau. Jangan nak tipu lah. Haha. xDD

Ahh, semua dah settle dah. Memang kalau ikut persiapan barang semua memang dah 100% complete laa. Tinggal nak siap je esok pagi. Tapi kalau ikut persiapan diri ni wallahualam laa jawabnya. Hati tak ikhlas lagi nak sekolah ni. Hati oh hati, bila boleh ikhlas? Haha. xD

Tapi ikut hati kan orang cakap mati. Aku tak tau lah kalau ikut hati pergi mana yang matinya. Haha, maksudnya kalau selalu ikutkan kata hati pon boleh mati jugak kan. So, terpaksalah aku tak ikut hati kali ni. Kalau aku ikut hati kali ni, kompem terus kahwin punya. Mak yang cakap. "Kalau dah malas sangat pergi sekolah, senang je. Kahwin je terus. Haa, selesai masalah."

Haha. Kejadahnye nak kahwin an. Jadi, sorry hati. Tak dapat ikut kau kali ni. Kali lain pon tak tau lagi. Haha. Hati pon kena sabar je bila kena bahan dengan mak ngan Icah ketika sedang menggosok baju sekolah. "Gosok baju ke kak? Sekolah lagi ke kak?" Haha, tunggulah lagi 3 tahun. Tak sabar nak bahan Aim pulak. Haha, macam kejap pulak 3 tahun tu? Lama laa bongek. Haha, xDD

Ohh, kena ingat perancangan aku ni. Kurangkan ketagihan kepada makhluk yang digelar internet ini. Bulan 1 masih dalam tempoh percubaan. Kurangkan sikt demi sikit. Paling lambat pon sampai bulan 3 je. Harap-harap boleh laa. Tapi kelihatan macam tak boleh. Haha. Takpe, belum cuba, belum tahu. Kan? xDD

Malam ni tidur awal. Pukul 10 nanti mesti mak ngan ayah dah bising suruh tutup lampu, tutup kipas, tutup komputer, tutup mata, tutup laa semua. Haha, takut payah betul nak bangun je esok. Haha, semoga lancar je persiapan esok.

Mak aihh, "nerbes" laa pulak. Bhahahaha! Gila poyos. Macam tak pernah pergi sekolah pulak an. Hahaha. SMK Seri Serdang, nantikan kemunculan aku depan pagarmu pukul 7.20 pagi esok. Wawa, jangan lambat oii. Haha, :PP


Back to school laa kawan. Haha, -.-

5 comments:

fatimah arr said...

3 thn tuh kejap jek..siyes..

.imah. said...

fatimah,
haa? kejap ke?
mcm lama je.
hahaa. xDD

~ain said...

imah.. imah hanya boleh 'bahan; aim je. tapi along dah pernah bahan anep, am, icah, apis (masuk book ke?), imah dan juga naim sekaligus! hahahahhahahhahahahhaha

Itulah beruntung menjadi along (yang comel)...

iqbal said...

haha
abes la .
PMR !!
hahahha
;DD

.imah. said...

along,
ahhhhh! tidakk tidakk!
die membajet plak di sini.
hahahahah! :PP
erkkk? comel ke? hahaha! xDD

iqbal,
ehhh, seboklahh. wekkk!
hahahha. :PP