Saturday, February 20, 2010

Tak Rugi

Eh, semalam bangun pagi je terus kacau Aim tengok tv. Haha, lepastu dengar bunyi hon van Pos Laju. Bising oi. Haha. Mak pergi ambilkan barang tu. Sekali aku punya barang daa. Hehe, dapat ini.



Kan aku ada jadi affiliate Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS : Baca dan Menang tu. So, dah dapatlah ganjarannya. Ahh, macam tahu-tahu je aku dah ketandusan novel baru. Tak rugi, tak rugi. Haha. Tapi kena simpan dulu novel ni. Ujian Setara dah sampai corner lot. Haihh, -.-



Harini bangun pagi terus siap-siap. Pergi Baca@LRT. Ramai orang ohh. Bagus-bagus. Pupuklah amalan membaca ya kawan-kawan, tidak kira di mana jua kita berada. Hehehehe. Macam ni lah di sekitarnya.



Dah habis tu, pergi hantar borang jadi ahli BookExcess. Eh, dapat book thong ni. Haha, first time dengar perkataan book thong tu. Aku ingatkan ape lah menatangnya book thong tu. Ohh, penanda buku lah. Haha, ingat nak duduk situ pilih yang betul-betul lawa kan. Tapi ramai orang, so dapat grab yang ni jelaa. Tak rugi, tak rugi. Haha.



Lepastu lagi pergi Pejabat PTS. Ada mesyuarat Penulis PTS Millennia. Haha, aku pun dah tak tahulah kenapa aku boleh ikut serta kat situ. Takde kena-mengena pun. Tapi takpelah. Menambah pengalaman gitu. Hehe, ni mesyuarat 'kecil'. Huehuehue, x)



Lama jugak dalam bilik mesyuarat tu. Uhh, sejuk gila oi. Haha, dah nasib badan terduduk dekat kerusi depan air-cond. Dah nak beku dah aku duduk situ. Haha, x)

Lepas dah settle semua balik laa. Kalau duduk situ lagi lama tu. Aku kena penyakit sawan tahu. Bukan main nak banyak rak yang ada buku. Mana tak sawan. Haha, sekarang kena tahan nafsu nak beli buku-buku ni semua. Mari kita tunggu PBAKL 2010. Hehe, x)



Tapi dalam pada nak tahan nafsu tu, dapat jugak grab ini. Haha, ni pun kena simpan sampai lepas Ujian baru boleh baca. Hehe, tak rugi, tak rugi. x)



Pukul 4.30 sampai rumah tadi. Haihh, penat tapi tak rugi. Dan tak sabar jugak nak habiskan baca semua buku-buku baru ni. Haha, dapat lepaskan gian. Ulat buku laa ni lebih kurang. Hehehe. x)

Ulat buku lagi okay daripada ulat bulu tau. HAHA! xDD

4 comments:

iqbal said...

lalalalala~~~
hahahha
xDD

.imah. said...

iqbal,
e'eh? sebok je.
hahaha. :PP

fatimah arr said...

best tuh.. wee..

.imah. said...

fatimah,
haaa, mmg best. weeee! :DD