Thursday, June 24, 2010

:):

Balik rumah dari sekolah dengan muka ketat. Sambil jalan fikir pasal makanan. Err, puasa ni oi. Sambil jalan jugak fikir result Mid-Year Exam. Argh! 4 markah lagi nak straight 'A's. Hmm, persaingan sengit. Ranking tak dapat top punya nanti. Habislah aku drop lepas ni. Err, padahal markah banyak yang naik. Semua tu aku fikir. Jalan slow-slow. Hmm, memang bengang dan buat muka ketat.

Masuk rumah, mak sengih-sengih. Aduhh mak ni kenapa? Bertambah runsing jadinya. Mak suruh tengok dalam handbag mak ada apa. Okayy, apa yang terlintas dalam kepala aku ialah makanan. Haha, nampak sangat dah lapar. Atau mungkin keajaiban yang menambah 4 markah dan menjadikan aku dapat straight 'A's. Ahh, fikiran merapu. -.-

Buka-buka handbag mak ada ni ;
*Err, kenapa puan pulak ni? Haha, saya bujang dan masih belajar okay? xD*

Apa ni? Ohh, ini rupanya ;
Dah habis baca, selak-selak ada ni ;

Wahh, ini buat fikiran aku tak berapa terarah kepada makanan dan result tu lagi. Haha, dasar mata duitan. Tapi bukan banyak mana nak dibanding dengan orang lain. Ehm, takpe Imah. Ini sebagai permulaan kau dan pemberi semangat kau. Semoga kau boleh lebih berjaya dalam bidang ni. Amin. :)

*Sikit punya semangat. Baju sekolah pun tak tukar lagi, HAHA. xD*

Kemudian tertidur lepas solat zuhur. Oh, termimpi pasal makanan, result tu dan juga duit-duit ni. Semua ni boleh dinikmati lepas PMR nanti. Yeahh! Lama lagi tu. Simpan dulu duit tu dulu ye Imah. Lepas PMR kau boleh balas dendam. Walaupun orang kata tak baik balas dendam. Untuk kali ni, memang aku berdendam! HAHAHAHA! *gelak besar macam penjenayah dalam TV*

Sekarang masih lapar. Pasal result dan duit ni tak berapa diingat sangat sebab aku dah redha je result tu *mungkin* and dan tahu mana arah tuju duit tu. Jadi, buat apa nak fikir. Tapi soal makan, memang difikirakan lagi ni sebab lagi 1 jam nak buka puasa ni. Waduhh, sabar Imah! :O

Inilah kedua-dua hasil dari usah sendiri. Aku agak puas juga. Hmm, :):

3 comments:

iqbal said...

saje sensorkan eh .
kedeng .
ahha

fatimah arr said...

waa~ bestnya. sekolah lg da ade gaji..hehe.

.imah. said...

iqbal,
haha, biar ah. bukan duit die pon. :P
nak tau tanya lah. :PP

fatimah,
err, best lah! gaji keje kilang,
ERKK! haha, xDD