Saturday, June 26, 2010

Lelaki vs. Perempuan


Kelab Anti-perempuan, Kelab Anti-lelaki,
Lelaki semua sama, suka mainkan perasaan perempuan
Perempuan apa kurangnya, selalu sakitkan hati lelaki.

Ohh, selalu dengar semua ni? Well, aku lagilah selalu dengar. Dah memang ada kawan-kawan yang kecewa. Ahakss. Ampun ya teman-teman. :P

Err, apa yang aku nak komen pasal ni ialah aku tak berapa gemar kalau ada pergaduhan jantina macam ni. Yang lelaki salahkan perempuan, yang perempuan salahkan lelaki. Well, sampai bila nak habis?

Kita sendiri tahu kan, lelaki ke perempuan ke mesti ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. So, sepatutnya kita terima selagi tak keterlaluan kan? Bukan bila bersayang-sayang tu, "I tak kisah tu semua, I tau masing-masing ada kelemahan and kelebihan. I terima you seadanya. I sayang you." Tapi bila sampai dah goyah kesayangan tu, "I tau you mesti akan buat macam ni kat I. Sampai hati you. Ahh, perempuan/lelaki semua sama, sama macam you!"

Ahha, tengok. Semua sama. Apa yang lainnya tak tahulah aku. Haha, tapi tak semestinya kita kena terima semuanya okay? Kalau dah melampau sehingga sanggup menghina pasangan masing-masing tu takkan nak terima jugak? Dan mereka bajet mereka hot sangat pon kita tak boleh terima okay (kisah benar xD). Kalau begitu, kau sembur je. HAHAHA! *gelak jahat macam penjenayah dalam TV*

Kesimpulannya atau intihanya atau sebagai pergulungan entri kali ni, hidup kita ni kena moderate. Nak kata lelaki/perempuan macam-macam pun jangan sampai nak buat kelab anti ini anti itu. Ya, nanti kau kahwin dengan lelaki juga wahai perempuan dan begitu juga sebaliknya. Betul kata Teacher Norizan, hidup ni kena moderate. *winkwink, bodek sebenarnya ni teacher, taknak tambah markah paper saya lagi 4 ke? HAHA!*

Okay, entri kali ni membajet sikit aku. Haha, macam pro sangat je. Padahal, apalah sangat pengalaman aku ni kan? Tapi ini pandangan atau pendapat atau pandangan atau pendapat aku. HAHA, saja nak panjangkan ayat. Ini Malaysia, kita ada hak bersuara dan memberikan pandangan atau pendapat. Malaysia negara demokrasi, blablablabla... Terus melalut kepada Tatanegara pulak. HAHAHA. :P

Jadi semua, kalau nak terima silakan. Taknak terima pun dipersilakan. :)

5 comments:

Nanad. said...

well, tahu tak pe.

harini kata syg, esok kata "babi ko lelaki sume penipu, sume sama", esok syg balik?

harini kata perempuan tak boleh diprcayai, xnk couple dah, tibe2 mggu depan dah ade awek, kata aku cinta kau smpai mati.

apo nk di kato..

naz said...

selalu nya mereka yang bankang antara jantina tu yang langgar pantang haha

.imah. said...

kak nad,
yeh, apo laa nak dikato.
haha. x)

naz,
haha. xD

Alia F said...

ahha yeaa manusiaaa~

.imah. said...

alia,
yea, begitulah. x)