Saturday, July 10, 2010

Apabila Sotong vs. Burung Nuri

Haha, berita yang mungkin memang gempar sementara tunggu Final World Cup 2010 ni haa. Sebelum ni kita kenal Paul si sotong gurita yang jadi peramal hebat jugaklah kan setakat ni. 2 salah daripada 13 tekaan. Haha, cayalah si incik sotong ni.
Tapi berita baru apabila muncul pencabar si sotong ni. Mani si burung nuri. Tapi dia baru buat 6 tekaan dan 1 daripadanya salah. Well, mungkin dia ni baru lagi dalam bidang tilik-menilik ni. Hahaha, cayalah juga si burung nuri ni.
Untuk final ni mereka ni ada pilihan masing-masing. Paul dengan Spain dan Mani dengan Netherlands. Haha, ini yang menggemparkan semua. Penyokong Spain sayang Paul si sotong gurita dan ingin salai Mani si burung nuri. Penyokong Netherlands pulak sayang Mani si burung nuri dan mahu buat sambal Paul si sotong gurita. Hahaha.

Kita sendiri tak tahu kan? Aku tau korang dah mula confuse. Hahaha, ayokkk. Mana nak pilih ni korang? Spain ke Netherlands? Apa yang korang nak buat ni? Nak salai burung nuri atau nak buat sambal sotong gurita? Haha, amacam? x)

Ke nak aku train kucing-kucing kat rumah aku ni? Haaa, letak bendera Spain dengan Netherlands. Boleh tengok Milo suka yang mana, Lego suka yang mana, Phantom suka yang mana, Hitam suka yang mana. Mak aihh, panggil semua kucing ni confirm tambah confuse korang lagi kan? Takpun diekor ni buat bodoh je tengok bendera tu. Haha. xDD

Tapi pada aku lah kan. Tak patut kot percaya kat diekor ni. Yelah, letak dua bendera je. Cuba letak banyak sikit. 20 ke 30 bendera ke. Haha, nanti diekor tu confirm confuse punya. Dan aku terasa macam kalau percaya sotong atau burung nuri ni nanti tak terpesong ke akidah? Haa, amacam?

Takut nanti ada pemujaan sotong pulak. Tak pun pemujaan burung nuri. Kan ke haruu macam tu? Macam puja kubur nak main nombor 3D ke 4D ke WD40 ke (ehh, ini lain, haha). Tapi ni puja sotong atau burung nuri nak buat judi bola. Ishh, ishh. Nauzubillah. :O

Haaa, ala-ala ustazah gituu entri ni. Tapi itulah hakikat. Bak kata Along, Hakikat Kehidupan. Haha, apa-apa jelaa masalah orang gila bola ni. Nasib baik aku tak gila sangat. Sedang-sedang je. Maklumlah, baru belajar. Hahaha, xD

Korang tunggu jelaa Final World Cup ni haa. Tak usah dilayan sotong mahupun burung nuri. Teruskan menyokong pasukan pilihan. Hahaha, aku pilih Spain kot. Takpun Netherlands. Yehh, budak baru belajar memang selalu confuse nak pilih mana. Memang tak boleh jadi Paul atau Mani betul kau ni Imah. Jadi lalang jelaa. Hahaha. xD

Mana lebih sedap? Burung salai ataupun sambal sotong? HAHA. xD

7 comments:

Alia F said...

burung salai lg sedap kott hahaha :D

~ain said...

abesam sokong Netherlands. Tapi along tetap sokong pasukan yang menang..
HAHAHAHHA

.imah. said...

alia,
hahaha, dh agak dh. xD

along,
haaa, samalah kita.
go go pasukan yang menang!
HAHAHA. xD

IkramAfiq said...

hmm ,
HOLLAND !

lepas ni kucing pulak akan meramal .. ngahahaah

.imah. said...

ikram,
hahaha. pon boleh pon boleh. :)

Rafi said...

mampuslah si Mani tuan dia sembelih buat lomak masak cili api pasal bisness dah drop dek ramalah salah .. hukelehhh

.imah. said...

Rafi,
hahaha. mani salai masak lomak cili api. huhh, memang berapiii! haha. xD