Tuesday, August 3, 2010

Abang Banci

Entri bersifat semangat kepada Banci Penduduk dan Perumahan. HAHA! xD
Ohh yea, datang lagi abang banci untuk kali yang ketiga kalinya. Haha, first time tu yang masa dia banci aku tu kan. Kali kedua nak tanya pasal jiran sebelah kiri. Kali ni, kali ketiga la dia nak tanya pasal jiran sebelah kanan pulak. Aku jelaa yang tukang jawab. x)

Masa kali kedua tu, abang tu siap cakap, "Ehh, adik ni lagi?" Hahaha, awak datang rumah saya memanglah saya je lagi. Takkan kawan saya pulak kat rumah tu abang oi. Nak buang sampah pun dia sibuk tanya nak pi mana. Itu masuk kategori banci jugak lah tu. Hahaha, tak faham aku abang ni pon.

Kali ketiga ni, haa, aku pulak yang cakap, "Ehh, abang ni lagi?" Haha, takpelah aku tanya kan? Sebab abang banci ramai lagi kan. Ingatkan abang lain ke. Sekali sama daa. Kali ni abang tu bawak awek. Haha, mari panggil akak tu Akak Banci. Haha. xD

Tapi Abang Banci ni dah takleh panggil abang banci lagi sebab baru aku tau apa nama dia. Siap ada nombor weh. Haha, tak minta tapi dia yang bagi. Untuk membantu dalam menyahut seruan kerajaan ya anda semua. Jiran sebelah kanan ni macam takde kat rumah tu yang minta tolong aku tu. Tidur kat kedai fotostat agaknya jiran ni, maklumlah tokey kedai fotostat. HAHA! xD

Intihanya, marilah kita menggembleng tenaga dan bekerjasama dalam menyahut seruan kerajaan ini. Lagipun, dah nak habis dah banci tu. Majulah sukan untuk negara! Woo, takde kena mengena woi! Baru lepas masuk bengkel BM pun dah begik. Haha, kalau pendahuluan aku terror laa. Dasawarsa ini, Dasawarsa ini ulang sampai 15 karangan. Hahaha, siap hafal, takpe untuk masa hadapan. xD

Dasawarsa ini, mak telah terpaksa menukar taktik mencabut gigi goyang. Haha, mak ada taktik pusaka tau. Kalau goyang gigi tu, buat-buat nak tengok padahal nak cabut. Dah banyak orang dan banyak kali dah kena. Jadi, berhati-hatilah ketika ibu adik-adik ingin melihat gigi goyang adik-adik ya? Kalau tak nanti jadi macam Aim. Haha, konon serik taknak bagi mak tengok lagi. Akhirnya kecundang juaa melalui taktik baru mak. Hahahaha, kesianlah kauu perut bulat. xD

Sekian, banci penggerak wawasan negara! Woo, poyo. Haha. xD
Sekian, berhati-hatilah dengan gigi goyang anda. Woo, gila. Haha. xD

3 comments:

naz said...

hahahaha gigi juga memain peranan penting ya

IkramAfiq said...

ouh .. abg banci tipu ...
dia kata nak datang malam .. sampai rini tak datang lagi .. banci oh banci ...

.imah. said...

naz,
gigi banyak kepentingannya.
hahaha, tgk ajelaa aim tu. xD

ikram,
hahaha. kenapa cmtu pulak dah? xD