Saturday, September 4, 2010

Awal Sangat Ni

Saat entri ini di'publish'kan, saya kini berada jauhhhhhhhhh di perantauan dari Cik PC kesayangan ini. Hati rasa gelisah dan semakin resah kerana tak pernah berjauhan sebegini. Semoga kita masing-masing tabah menempuhinyaa ya.

KAHKAHKAH! Pendahuluan macam mintak penyepak. Ye, aku tau. Disebabkan itulah, di sini, di blog ini lah, aku ingin sekali ;

MEMOHON MAAF DI ATAS MAHUPUN DI BAWAH KESILAPAN DAN KECUAIAN DALAM JARI-JEMARI AKU NI MENAIP DI BLOG INI JUGA DALAM KELANTANGAN MULUT INI BERBICARA. YANG ADA MENYINGGUNG ATAU MENYIKU MAHUPUN MENYADUNG PERASAAN ANDA TU. MAAPLAH YEE?
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI para blogger, follower dan kawan-kawan sekalian! Ampun maap dipinta. Kosong kosong yeee? Hehehe. :)

Balik kampung awal gila itu pasal laa terpaksa mengucapkannya seawal ini. Mak ayah begitu excited beraya di rumah baru. Walaupun ketika entry ini ditaip pada pukul 0215, elektrik di rumah baru itu masih belum masuk lagi. Namun, mak dan ayah begitu tabah mendesak. Ni kalau takde jugak elektrik raya ni, habis rumah sub-con tu kami gegar. HAHA. Jangan main-main sama keluarga Incik Ammran haa? HAHA. :P

Takde semangat sangat nak raya kerana memikirkan periksa besar 2 minggu selepas cuti raya. Wah, sangat sekejap ye kawan kawan. Gementarrrr~ Tapi macam relax je kauu? Itu luaran, dalaman kau tahu? Tak tahu kan? Sama macam baju laa, yang luar kau tahu laa warna apa. Yang dalam? Tahu ke? Tahu? HAHA. :P

Oh, sudah buat keputusan sekolah mana yang nak pilih yang tak confirm dapat tu. Haha. Boleh laa daripada takde. Serabai jugak nak pilih tadi. Nasib baik ada mak, ayah dan awak. Sekarang, usaha lebih, jawab PMR, tunggu result, tunggu suratnya kalau dapat. Kalau tak dapat, okay je, takpe. :)

Puas sudah berfaceebok dengan kawan kawan semua. Lawak, okay. Rindu korang untuk 2 minggu ni. Ok, bye alam maya. Jumpa lagi sekejap dalam 2 minggu sebelum tak jumpa langsung selama beberapa minggu sehingga laa separuh masa kedua tamat. Tataaa~ :)

Entri auto-published! :)

2 comments:

naz said...

alaaa ni yang sedih ni. haha ok selamat hari raya. jumpa lagi harap nya ;)

.imah. said...

naz,
haha, selamat hari raya juga.
:DD