Thursday, October 21, 2010

Baru Teringat

Sambil berfikir dengan bersungguh-sungguh nak pergi ke sekolah ke tidak esok, aku pun tekanlah Yahoo! Mail yang bookmarks tabs kat atas ni. Tiba-tiba rasa macam nak check email pulak. Tiba-tiba terbaca email daripada Formspring. *Berapa banyak tiba-tiba daaa? :P*

Aik? Formspring? Apsal sent email kat aku ni? Aku ada Formspring yeh? Bukan dah delete ke dulu? Ke aku tak jadi delete ek? Tapi kenapa pulak aku nak delete dulu ek? Eh, kenapa baru teringat sekarang ni ek? Tapi betul ke aku ada Formspring?

Hahaha, hamek kauu bertubi-tubi soalan keluar ni haa. Rupa-rupanya, memang aku ada Formspring. Namun sesungguhnya, password Formspring tu pun aku dah lupa. HAHA. Kesudahnya, aku connect with Facebook je. Sumpah tak ingat gila. Adehh. ;P
Bila buat hal ini jadi status di Facebook, tengoklah apa feedback nya. Hampeh betul masing-masing. Maybe sebab Formspring ni macam kureng digunakanlah sampai aku boleh lupa bahawasanya aku ada account Formspring.

Jadi apa lagi kawan kawan. Meh laa tanya soalan soalan kat aku. Soalan yang munasabah sikit ye. Kalau soalan munasarawak tu memang mintak maap lah nak jawab kan? Haha. Sila scroll blog ni sampai terjumpa petak Formspring aku ni kat sidebar blog okay? Selamat bertanya soalan! ;)

Eh, kejap. Kalau ditengok pada print screen FB atas ni. Akan ada sesuatu kat bawah sekali tu. Sesuatu yang berupa Microsoft Word Document - Bab 2. Haa, baru aku teringat lagi. Tender 50% baru ada bab 2? GILA! Tak boleh jadi ni. Mari mari cuba buat bab lain dulu kalau bab 2 ni masih sangkut lagi. Cepat sebelum Along menagih hutang. ALONG ye bukan AH LONG. Haha. xD

Tapi sampai sekarang pun masih takde keputusan muktamad lagi untuk ke sekolah esok. Boleh pulak jawab kat orang yang bertanya tu, "Tengoklah dulu kalau aku dapat hidayah nak datang, kalau ada muka aku dalam dewan sekolah tu maknanya dapat hidayah lah tu." Haha, jawapan yang mengundang kecarutan untuk orang yang bertanya. Maap weh, tak tau lagi. HAHA. :P

Pergi atau tidak ye? Haha, x)

No comments: