Sunday, November 28, 2010

Apa Nak Jadi?

Apa nak jadi dengan Habad Daim. Err, nama sebenar Ahmad Naim, nama glamour di dada-dada blog kakak kakak dan abang abang nya Aim. Pelat sikit. Haha, Habad (maksud aku Aim laa) telah berjaya memperdayakan aku selama 3 saat. Boleh pulak kira 3 saat? Haha, anggaran jelaa.

Mula mula dia datang offer aku makanan. "Imah, nak?" sambil tunjuk tunjuk dekat mulut suruh makan. Nampak macam halia yang letak gula tu, ape bende nama saintifiknya aku tak tau. Bila aku tanya dia angguk, aku pulak terus geleng. Aku cakaplah tak suka halia halwa tu. Haa, baru tanya emak tadi nama tak berapa saintifiknya. At least korang faham laa kan? Haha.

Oleh kerana dia tahu aku memang tak makan halia halwa tu, mula laa buat trick. Beberapa minit kemudian, dia kembali dengan halia halwa di tangan. Offer aku benda tu lagi. Tapi bila aku tanya, "Ni halia ek?" dia boleh pulak jawab, "Bukan lah, kentang." Aku macam blur pastu angguk je. Kejap lagi dia sengih. Argh, kan dah kata aku telah tertipu selama 3 saat. Macam dah nak percaya tadi. Ciss punya budak. Tengok ni muka dia sebut kentang sambil tunjuk halia. HAHA, cacat. ;p
Ini pulak, apa nak jadi dengan ayah ni ha? Boleh dia tanya nak pakai t-shirt apa nak bagi matching dengan kain pelekat hijau dia. Padahal dua-dua t-shirt hijau, bukan sama ke? Lepastu, bukan ke dia nak pakai kat rumah je? Kenapa perlu matching? Siap suruh ambil gambar lepastu minta tolong tanya Along nun jauh di Terengganu, yang mana yang matching? Apa lagi Along, jawablah persoalan ayahmu ini. Ayahmu, ayahku jua! HAHAHA. xD
Yang ini, apa nak jadi dengan Komot si kucing sengal? Semalam dia gigit ekor sendiri. Harini jilat jilat badan dekat plug komputer, kejar Icah dan skirtnya. Lepastu, kroihhh kroihhh terbongkang atas katil aku. Apa pasal jadi macam ni Komot? Haha, sengal sengal. ;p

Apa nak jadi lah dengan semua ni? HAHAHA. xD

8 comments:

~ain said...

komot sengal macam imah jugak.. hahahaaha

.imah. said...

along,
ahhh. komot tu komot.
bukan imah. imah kan rusa?
HAHAHAHA, nak bahan diri sendiri pulak. xD

~ain said...

hahhaha imah.. cakap kat ayah.. kalau dah rindu kat along, meh aaa dtg tganu.. ayah tak dtg pun rumah along tahun ni...

.imah. said...

along,
ahhaa. yelaa tu. ;p

CkDs AhRa said...

hahahaha...mampu gelak jer lah baca entry nie..tapi komot mmg comel...knape lah aku tak leh nak cium2 kucing mcm org lain..hahahhaha

.imah. said...

kak ct,
hahaha, gelak laa gelak laa. ;p
mmg komot comel pun.
mcm tuan die, kankankan?
HAHAHAHAA ;p

Unknown said...

err . no komen xD

.imah. said...

iqbal,
no komen lepastu tangan gatal tekan komen kenapa?
cehhhh! :P