Friday, November 12, 2010

I'm DONE! :)

Oh, yea. Selamat tinggal sekolah sesi 2010! Budak-budak Form3 SMKSS sudah cuti akhir tahun~ Aku tau, sekolah mesti sengaja cutikan kitorang awal-awal. Kalau tidak, memang tak aman laa sekolah tu. Haha. ;p

Pagi tadi, err, I mean pagi semalam laa kan. Sekarang dah pukul 0145 okay? Pagi semalam berjalan kaki ke sekolah seperti biasa. Takkan lah nak pi naik private heli kan? Haha. Nampak pelangi. Wah, rasa macam lama dah tak nampak pelangi dengan mata kepala sendiri. Asyik nampak dengan mata kepala orang lain je. HAHA. ;p

Oh, harini majlis penutup program lepas PMR. Dapatlah hadiah untuk aktiviti yang menang-menang tu kan. Pergi sekolah beg kosong, balik sekolah dah penuh hadiah. Tapi itu untuk mereka yang rajin datanglah. Bukan macam aku eh. Pelamas. Maksud aku, pemalas. HAHA. Setiap minggu ada je memonteng. xD

Ni dia muka orang yang pelamas memakai uniform sekolah untuk kali yang terakhir tahun ini~ Macam pelik je bila malam tu nak gosok baju sekolah. Haha, padahal baru berapa minggu je tak pakai baju sekolah. Hiperbola terlebih. Tengok laa mata tu, lepu. Tidur lambat, perah otak buat tender 50%. ;p

Oh lagi sekali, harini dah settle tender 50% tu. Malam nanti, kalau dah okay semua bolehlah editor itu menerima hutang lapuk ni. Kalau lah editor tu Ah Long, mesti dah masyukkk dapat bunga lebih. HAHA. Kantoi berhutang lama dengan editor. Dasar pelamas. xD

Yang pasti, pelamas sudah siap kerjanya. Rasa macam taknak tido je sekarang ni. Esok tak sekolah, kerja dah settle, petang tadi pun dah tido lama. Tapi, apa kan daya dah bosan gila ni. Tiada peneman di pagi-pagi buta. Memang kena tido aje lah. -.-

Oh lagi lagi sekali, contest aku tu. Halah, halah. Sedih gilaa. Dah dua hari takde siapa nak join? Habistu, apa aku nak buat dengan novel Sepupu Lego tu? Takkan nak bagi Lego makan? Lego pun dan takde nak makan. Huuuu~ -.-

Apa aktiviti best yang nak dibuat waktu cuti sekolah ni ye? Wehuuuuu~ :DD

2 comments:

~ain said...

hahha imah kena pi blog kawan2 bgitau imah ada buat contest.. heheh lawak je sedih sebb tak de org join contest dia.. hahahah

.imah. said...

along,
cettt. -.-