Tuesday, November 23, 2010

Kembali Pulang

Kekasih yang dulu hilang, kini dia telah kembali pulang, akan ku bawa dia terbang, damai bersama bintang. Kekasih yang dulu hilang, kini dia telah kembali pulang, betapa senang ku dendangkan, dan takkan ku lepaskan. Woooooo ooooo ooo~

HAHAHA. Sudah laa. Entri takde kaitan pun dengan lagu ni. Cuma nak bagitahu aku dah kembali pulang daripada kampung untuk cuti raya haji yang sampai orang dah nak balik haji dah. Seminggu duduk sana. Sebenarnya, takdelah balik untuk raya haji sangat. Balik memang sebab nak balik kampung je. Sebab apa? Sebab pagi raya haji tu, lepas subuh bantai tidur balik je sampai pukul 11 macamtu. Raya ape ke bendenye tu? HAHA. Apa nak jadi laa ni. xD

Maknanya, cerita raya haji takde lah kan. Takpe, cerita yang lain pulak. Apa buat kat kampung yang nun tak jauh sangat tu? Takde buat apa sangat pun. Bangun pagi (kadang kadang tengah hari), makan, tengok tv, makan, main PS2, makan, tengok movie, makan, mandi laut, makan, jemur baju, makan, lepak lepak kat verandah, kat bilik, kat ruang tamu, kat sana sini.

BerPS2. Err, ini je gambar yang ada hubung kait dengan entri. Harap maaf. HAHA. xD

Ya, itulah aktiviti kampung saya. Macam ke hapee peliknya. Lepasni, kalau gemuk lagi tahu laa sebab apa. Tu laa, mak ni haa suka sangat masak, sedap pulak tu. Kang kalau tak makan, membazir je lauk kan kan kan? HAHA. Salahkan mak pulak. Macam nak kena terajang. xD

Dah laa. Itu je kot, sekian, terima kasih. Saje nak lepas gian taip laju laju. Dah seminggu tak menaip, meniarap banyak laa. HAHA. Sudah laa merepek tu. Banyak merepek, teringat kat Ucop pulak dah. HAHA, dia yang ajar aku merepek banyak camni. Pot betul. Padahal memang aku suka merepek pun kan? Ahhhhh! Biarlah. ;p

Sekian, terima kaseyy~ x)

2 comments:

~ain said...

kaka no 8 tu bukan main lagi hero nya main game!

.imah. said...

along,
aidil pun lebih kurang je.
terror jugak tuu. hahaha. xD