Monday, November 1, 2010

Langkawi Day 3

Hari ketiga. Hari last di sini. Bangun pagi, muka ketat! Kaki lenguh, tangan lenguh semalam tak hilang lagi. Nak berdiri pun macam tak larat. Tapi demi hari terakhir ini, aku gagahkan juaaa. Haha, sungguh tidak boleh blah! :P

Destinasi pertama ialah Underwater World, Langkawi. Tapi sebelum tu singgah dekat Nusantara minyak gamat tu. Walawehh, banyak betul produk Nusantara ni. Semua berkaitan dengan gamat. Ada minyak gamat, air gamat, syampu gamat, bedak sejuk gamat dan cleanser gamat pun ada. HAHA. x)

Sesudah itu, teruskan perjalanan ke destinasi awal. Underwater World Langkawi. Kebetulan pulak datang awal kan, dapat tengok show anjing laut, memerang dengan penguin. Wehh, penguin ni comel gilaaa semua! :DD

Lepastu tengok ikan ikan semuaa kan. Ada ikan pari besauuu punye. Dalam hati terbayang je asam pedas ikan pari mak yang lima bintang setengah tu! Perghh, ikan pari besauu ni buat asam pedas, memang sedap lah! HAHA. :P

Keluar Underwater World, nak pergi Cable Car pulak. Tapi sebelum tu singgah makan laksa belakang airport. Ramai yang cakap laksa situ best. So, try and okay lahh! Best jugak. Dengan lagu hindustan yang orang tu pasang kan. Memang sambil makan laksa tu rasa nak joget joget je. HAHAHA, :P

Sampai kat Cable Car, lepas parking van. Tiba tiba ada promoter tu datang, ajak kitorang ambil pakej naik bot kat Langkawi Geopark. Macam berminat, tapi tunggu dulu sebab nak naik Cable Car kan. So, jalan je masuk nak pergi Cable Car tu. Sekali tutup dah bebb! Penuh! Tapi aku tak kesah sangat pun laa, sebab dah pernah naik dah dulu. Tahun 2007, lawatan sekolah. Ahha, xD

Lepastu, masuk kejap animal farm ni haa. Adaa rusa te ke ding ke ding. Habis sudahlahh aku kena bahan kan. Lagi lagi Along. Hahaha, sabar jelaa. Ini diaaa rusaa te ke ding ke ding! HAHAHA. :P

Dah tak dapat naik Cable Car, apa nak buat lagi? Terus pergi balik kat promoter tadi tu. Ambil pakej 2 jam naik bot kat Langkawi Geopark. Jadi apa tunggu lagi, mari kita naik bot pusing pusing Langkawi Geopark ini. Ada berhenti berhenti kejap. Berhenti gua kelawar, walaupun tak nampak sangat pun kelawarnya. HAHA, lepastu berhenti untuk fish feeding. Haa, ini best!

Haha, ikan shooter ni cool la. Dia shoot makanan tepat je. Kalau tak shoot makanan pun, letak tangan pun dia nak shoot jugak. Kalau letak makanan kat jari tu, memang dia lompat makan. Memang cool laa ikan shooter ni. Haha. Kat sini pun jumpa ikan pari lagi. Siap daapat pegang lagi. Memang best! :DD
Lepastu pergi tempat yang banyak helang tu. Helang ni pun cool jugak. Dia terbang pusing pusing. Haha, actually bosan je tengok helang tu pusing pusing. Dalam pakej sepatutnya pergi tengok Pulau Kasut semuaa tu tapi tak dapat sebab cuaca tak elok. Angin kuat and ombak besar. Tak dapat laa nak pergi tengok. Tapi takpelaa. Dah penat dah. So, abang bawak bot tu pusing balik then pecut wehh! Habis basah sikit baju aku. Haha, best sebab laju gilaa and dapat rasa angin! Weee~ :DD

Turun bot, naik van nak pergi Datarang Lang pulak. Ambil gambar laa dengan Incik Helang yang besauuu gabak ni. Haha, lawa. Dan kemudian pulang ke homestay sebab nak kemas barang. Malam ni dah nak balik dah wehh!

Sebelum ke airport malam tu singgah makan. Makan pun macam laju jugak lah kan, takut terlepas flight. Sekali bila sampai tu flight lagi delay ada lah. Cet, lamaa pulak tu delay. Sepatutnya gerak pukul 10 lebih, terus jadi pukul 11 pulak. Sabar jelaa tunggu. Asyik delay je flight kali ni.

Dalam flight, tak sempat tidur pun, sekejap sangat. Bila dah mendarat tu, masa flight cari parking tu pulak yang aku rasa nak tertidur. HAHAHA. Penat dan mengantuk sangat weh! Gilaa betul cuti kali ni! Tapi nasib baik best! :DD

Dari LCCT, naik van terus ke rumah. Sampai rumah tak hirau apa dah. Angkat beg, bukak tudung, tukar seluar dan terus tidur! Sangat penat. Kaki dan tangan kanan macam dah takleh berfungsi je. Haha, sungguh hiperbola. Esok pagi, err, tengah hari actually. Baru bangun! Haha, bila bangun tengok muka yang lain sangat lemau. Haha, Am siap demam lagi tu.

Serius, percutian kali ni sangat penat dan sangat best! Ayah pulak dah macam ready nak buat percutian untuk tahun depan pulak. Katanya kat Pulau Redang ataupun Pulau Tioman rasanya. Hahh? Pulauu lagi? Jangan lupa snorkeling! HAHA, snorkeling is the best laa! :DD

Langkawi Day 3 ; THE END ; Goodbye Langkawi, hope to see you again! :DD

4 comments:

Alia F said...

okay aku nak baju kauuuuu yg ada binatang merah merah tuuu HAHAHA :D

.imah. said...

alia,
okay aku tak hingin nak bg kau pun.
HAHAHA, sikit punye payah aku nak cari yang berpatutan macam ni okay? ;p

Nanad. said...

flight cari parking? hahaha. siyes terus gelak bile baca. sorry tak sengaja. haha

.imah. said...

kak nad,
HAHAHAHA. sila gelak sila silaa. :P