Wednesday, December 1, 2010

Hye December!

Okay, dah masuk bulan December untuk seluruh Malaysia dan kawasan yang sewaktu dengannya. Yelah kan, ada tempat yang belum masuk bulan December lagi kan? Dah, perlu ke aku nak banyak cakap pasal tempat lain ni? Haha, mind your own business bak kata omputeh. Padahal aku tak buat business pun. Apa bende ntah? Ah, sudah. Berhenti mengarut. Teruskanlah dengan apa yang ada untuk December ni.

3rd December : Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM
Yehh, lusa lah kiranya kan kan kan? Seriously, saya tak sedia! Saya tak sedia! Hahaha, jawab jelaa macam mana sekali pun. Tawakkal innahu, dok try dok tahu. Ada rezeki, dapat. Takde rezeki, tak dapat. Simple! Padahal malas nak fikir. Haha, biaq pi lah! xD

8th December : Jamuan Kelas 3 Setia 2010
HAAAAA! Ini yang paling ditunggu-tunggu. Dah lamaa sangat sangat rasanya tak jumpa diorang yang ada kat dalam video ni. Rinduuuuuu diorang. Ececehhh. Jom korang, jadikan jamuan ni jamuan yang paling best kita pernah buat! Yehhh! ;)

18-19th December : Lawatan ke Perkampungan Orang Asli Janda Baik
Hahaha, dah macam lawatan sekolah bunyinya. Tapi ini lawatan keluarga bersama orang lain. Ayah kata nak bawak kitorang pergi tengok perkampungan orang asli. Lepastu, tengok macam mana senangnya hidup kita daripada mereka, blablabla. Lawatan untuk membawa pulang keinsafan laa kot. Ehee, tak sabar jugak nak pi tengok. :O

23rd December : Result TIME!
YEHH! (lagi, hahaha) Gambar masa habis PMR dulu. Hari ni lah yang paling "erghhh". Haha, maksud "erghhh" itu tidak dapat dikenal pasti. Apalah nasib aku pada hari itu? Geletaq gelegaq. Grr. Haha, tunggu dan lihat jelaa. Bak kata omputeh, wait and see. x)

25th December : Pesta Buku Kanak-Kanak 2010

Kena pergi ini untuk aktiviti penulis Young Readers PTS. Along, anda mesti datang sekali. Jangan biarkan ku keseorangan di situ. HAHA. Oh, aktiviti tu saja blur kan bagi suspense sikit kan? Hahaha, poyos. Jom laa pergi beramai-ramai, walaupun anda bukan kanak-kanak. Hahaha. ;p

Itu je? Bukan banyak sangat pun. Tapi, rasa macam banyak je. Ape bende ntah? Selebihnya? Ada kat kampung jelaa. Memang kalau boleh TAKNAK langsung balik Serdang ni. Memang nak duduk sana je selama-lamanya, yelah TENANG katanya. Aku tak tenang langsung pun padahal. Sudah-sudahlah tu! -.-

Ah, doakan saja bulan terakhir tahun ni lebih baik daripada bulan bulan yang sebelum ini. Yehh! Suka sangat dengan perkataan "yehh!" tu. Aku pun tak faham. Ah, biarkan sahaja. Pleaseee December, be nice to me. :)

Bye November and Hye December! :)

No comments: