Monday, December 27, 2010

Manis :)

Banyak benda yang manis semalam. Haha, ini bukan kenangan atau memori manis ya. Ini makanan manis. Yang mampu mendatangkan kencing manis jika selalu memakannya dengan rakus. Oleh itu, ingatlah wahai rakyat Malaysia. Kurangkan gula dalam setiap hidangan. Satu sudu sudah memadai. 1 Malaysia, 1 sudu gula. HAHAHA. xD

Semalam Busu Fidah saya yang sungguh comel molek dengan begitu baik hati buat benda benda manis ni untuk kitorang. Siap delivery lagi. Mana nak dapat kek siap delivery kan? Ini special dari Busu Fidah je! Yeah! Ini dia chocolate cake and cupcakes comel dari Busu Fidah. Superb sedap! :D


Ini dia budak gedik dengan cupcakes nya. Haha. I stand for IMAH. Tapi cupcake huruf I tu orang lain yang makan. Haha. Banyak lagi yang lebih ni. Along, along punya dengan Abesam punye tu kitorang makankan untuk kalian ya? HAHA. :P


Haa, ini orang yang makan cupcake huruf I tu yang bagi. Dengan bermotor dan berbaju purple. Haha, benda manis lagi. Takpe, bukan makan sekali terus habis kan? Jimat jimat sikit. Kang mintak mentos lagi dia yang bankrap. HAHA. ;p

Eh, harini dah hari Isnin, 27th December 2010 kot. OMG! Minggu depan dah start sekolah dah. Duhh, tadi beli buku. Dah tersalah beli pulak satu buku. Hands On Science Form 4. Aku sepatutnya nak ambil Sains Tulen nanti. Mana belajar Science. Physics, Bio, Chemistry je ni. Habis buku tu nak buat ape? Kalau kalau korang nak ke, habak mai naa. -.-

Bila ingat balik nak sekolah, terus hilang kemanisan semalam. HAHA, serius malas yang amat superb. Tu laa, lama sangat cuti. Buka sekolah pun dah masuk menengah atas. Kawan kawan pun ramai yang nak pindah. Err, terus terbang hilang semangat aku. -.-

Hari penuh manis bertukar penuh risau untuk tahun 2011. :O

No comments: