Tuesday, December 21, 2010

Pesta Buku Kanak-Kanak 2010

Start esok ada Pesta Buku Kanak-Kanak 2010. Bagi aku yang ada family penggila buku dan juga penulis buku kecil-kecilan, Pesta Buku adalah acara tahunan yang paling dinanti-nantikan. Yeah, tak kira lah Pesta Buku apa pun. Belasah je semua, janji murah dan seronok dapat menghadap buku buku kat Pesta Buku tu. Menghadap pun macam dah cukup. Tapi kalau dapat beli, pergh lagi lah cukup. Hehehe.

Disebabkan dari keluarga penulis kecil kecilan aku dengan Along dah dijemput untuk satu slot kat booth PTS masa Pesta Buku Kanak-Kanak ni. Tapi, Along tak boleh balik sini pulak. Sungguh cis sekali jika aku sendirian di slot itu. Nasib baik ayah ada teman. Kalau tak, habis musnahlah segalanya jika berkeseorangan di situ. Aku nak cakap ape? Ape? Aku kan pemalu. Cehhh, pemalu laa sangat. HAHAHA. xD

Siapa yang rasa nak pergi Pesta Buku Kanak-Kanak 2010 ni mari-mari lah! Ajak family kita meriahkan suasana. Yeah! Kalau rasa nak jumpa penulis penulis buku PTS Young Readers (aku lah tu, hahaha, macam ade orang nak jumpa, ciss), boleh lah datang 25 Disember ni kat booth PTS. Diulangi, 25 Disember 2010 jam 11.30 ye. Banyak lagi aktiviti best dekat booth PTS ni. Boleh jumpa penulis novel yang tip top meletup macam Ain Maisarah tu.

Maklumat lanjut boleh pergi kat laman web PTS sendiri ataupun Facebook PTS. Haa, PTS juga ada kupon diskaun yang boleh diambil di sini, lumayan lumayan. Jadi meh datang bermula esok, 22 Disember 2010 hingga 26 Disember 2010 ni. :)

Sebelum tu rasa macam nak menjeleskan Along yang tak dapat balik sini tu. Hai Along, Imah nak pergi Pesta Buku Kanak-Kanak nanti. Nak kirim apa apa tak? Nanti Imah kirim gambar jelah dalam blog ni ya? Kirim salam pun okay jugak. HAHAHAHAHAHA. (Padahal risau jugak sorang sorang nanti kat slot tu) :P

Mari semua, isikan cuti sekolah ini dengan MEMBACA! :DD

No comments: